Parti Bersatu.
Bersatu menegaskan kedudukannya dalam Perikatan Nasional (PN) masih sah dan parti itu mempunyai hak untuk menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi gabungan berkenaan.
Bekas pegawai kanan Muhyiddin Yassin, Marzuki Mohamad berkata, Bersatu tidak menerima sebarang notis daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berkaitan dakwaan parti itu sudah hilang kuorum untuk mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).
Katanya, ketika mesyuarat Majlis Tertinggi PN berlangsung pada 16 Julai lalu, Bersatu masih merupakan pertubuhan yang sah di sisi undang-undang dan anggota sah gabungan berkenaan.
“Pada masa mesyuarat Majlis Tertinggi PN diadakan pada 16 Julai 2026 sehingga kini, Bersatu adalah sebuah pertubuhan yang sah dan anggota PN yang sah.
“Hal ini juga diakui oleh Pengerusi PN menerusi kenyataannya kepada media pada 9 Ogos 2026,” katanya dalam kenyataan.
Marzuki turut mempersoalkan tindakan Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Bersatu susulan aduan empat Ahli Parlimen parti itu kepada ROS berkaitan status kuorum MPT.
Menurutnya, Takiyuddin sepatutnya mendapatkan penjelasan daripada ROS kerana jabatan itu mempunyai bidang kuasa menentukan status sesebuah pertubuhan dari sudut undang-undang.
“Setiausaha Agung PN sepatutnya mendapatkan penjelasan daripada ROS, bukan daripada Bersatu kerana hanya ROS yang mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada sesebuah pertubuhan adalah sah di sisi undang-undang,” katanya.
Marzuki turut menyifatkan keputusan tidak menjemput Bersatu ke mesyuarat PN sebagai pelanggaran serius terhadap perlembagaan gabungan itu.
Beliau berkata, MPT Bersatu sudah menggunakan kuasa di bawah Fasal 27 Perlembagaan Bersatu untuk mentafsirkan isu kecukupan kuorum dan tafsiran itu adalah muktamad.
Kontroversi berhubung status Bersatu dalam PN tercetus selepas gabungan berkenaan memutuskan tidak lagi menjemput parti itu ke mesyuaratnya susulan dakwaan MPT Bersatu hanya mempunyai 23 anggota, kurang daripada syarat kuorum 25 orang.
Perkara itu dibangkitkan selepas empat Ahli Parlimen Bersatu membuat aduan kepada ROS pada 13 Julai lalu, mendakwa parti berkenaan tidak lagi mempunyai kuorum mencukupi untuk mengadakan mesyuarat MPT.
Takiyuddin sebelum ini berkata beliau menghantar surat tunjuk sebab kepada Setiausaha Agung Bersatu pada 14 Julai bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu tersebut.
Perkembangan itu kini membuka satu lagi episod pertikaian dalam PN, khususnya membabitkan kedudukan Bersatu serta tafsiran terhadap perlembagaan parti dan gabungan berkenaan.
PAS dan Tebuk Atap 2.0: UMNO masih tak berganjak pilih Kerajaan Perpaduan
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah
PRN Melaka: Zahid sahkan BN belum pilih PH atau PN untuk bekerjasama
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri