Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail.
Satu strategi baharu bagi meningkatkan kehadiran dan penglibatan anggota polis di kawasan sekolah akan dilaksanakan tidak lama lagi bagi menangani aktiviti jenayah dalam kalangan remaja.
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata inisiatif itu dilaksanakan selepas Kabinet mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk lebih kerap tampil di sekeliling kawasan sekolah.
Beliau menekankan pendekatan ini bukan sekadar kunjungan sekali-sekala, tetapi memerlukan komitmen yang lebih menyeluruh.
“Kami perlu tingkatkan rondaan ini yang bersifat ‘omni-presence’, maknanya, keberadaan pasukan polis di sesebuah sekolah,” katanya selepas merasmikan Simposium Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia 2025 hari ini.
Menurut Saifuddin, langkah itu merupakan sebahagian daripada tindakan bersepadu kerajaan yang merangkumi aspek pendidikan, pencegahan dan penguatkuasaan.
Selain kehadiran fizikal, beliau memberitahu PDRM juga digesa untuk melaksanakan program yang lebih kreatif bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid.
“Dia (polis) kena lebih kreatif tampil dengan pelbagai sesi pembabitan, lawatan yang lebih kerap, pemeriksaan lebih teratur, kemudiannya khidmat nasihat kepada semua pihak berkepentingan,” ujarnya.
Langkah proaktif ini diharap dapat membendung gejala sosial dan jenayah remaja, sekaligus mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat untuk semua.
MCMC siasat hantaran 3R hina Tuanku Muhriz
Isu eFishery: KWAP masih kukuh, Tengku Zafrul sifatkan dakwaan bankrap sebagai ‘auta’
NADI sasar jadi pusat lahirkan pakar AI luar bandar: MCMC
Kementerian kurangkan latihan di hotel ambil langkah berhemah berbelanja: Fahmi
Perbicaraan Vivy Yusof: Saksi beritahu RM8 juta masuk dipindahkan ke akaun lain
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN
[VIDEO] Hari penamaan calon PRN N9 di Linggi, Lukut, Chuah, Sri Tanjung dan Bagan Pinang