Ketua Penerangan AMK, Danish Hairudin.
Kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ternyata dihormati susulan keputusan Amerika Syarikat (AS) menurunkan tarif eksport Malaysia ke negara itu, kata Angkatan Muda Keadilan (AMK).
Ketua Penerangan AMK, Danish Hairudin menyifatkan kejayaan dalam rundingan perdagangan dengan Presiden AS, Donald Trump yang diumumkan Anwar semalam adalah bukti keberkesanan diplomasi ekonomi.
“Ini adalah kemenangan penting dalam diplomasi ekonomi negara yang sekali lagi membuktikan bahawa kepimpinan YAB Perdana Menteri Anwar Ibrahim bukan sahaja tegas mempertahankan kepentingan nasional, malah dihormati di pentas antarabangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut Danish, pengurangan tarif tersebut membuka peluang lebih luas kepada syarikat tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa selain meningkatkan keyakinan pelabur terhadap daya saing industri negara.
“Langkah ini bukan sahaja membuka ruang pasaran lebih luas untuk syarikat Malaysia, tetapi turut melonjakkan keyakinan pelabur asing terhadap daya saing industri kita.
“Ia juga membuktikan bahawa Kerajaan Madani tidak tunduk kepada tekanan luar, sebaliknya berunding dengan prinsip dan strategi yang berpaksikan kepentingan rakyat,” katanya.
Jelas beliau, rundingan itu dicapai tanpa mengorbankan dasar utama negara termasuk pelan transformasi industri, perlindungan terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta agenda pembangunan hijau dan teknologi tinggi.
“Lebih penting, tarif ini diturunkan tanpa negara perlu mengorbankan dasar-dasar penting seperti pelan transformasi industri, perlindungan kepada PKS serta agenda pembangunan hijau dan teknologi tinggi,” ujarnya.
AMK turut menyifatkan kejayaan itu sebagai bukti hasil perubahan budaya pentadbiran negara yang lebih profesional dan berpandangan jauh.
“Kejayaan ini adalah manifestasi kepada perubahan budaya pentadbiran yang lebih profesional, fokus dan berpandangan jauh. Ia menunjukkan hasil daripada dasar yang konsisten, komitmen kepada reformasi struktur, dan hubungan antarabangsa yang dimanfaatkan demi kemakmuran rakyat,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menyeru golongan muda terutama usahawan dan pengeksport agar memanfaatkan peluang hasil keputusan itu bagi memperluas capaian pasaran global.
Malaysia dikenakan tarif 19 peratus berdasarkan perintah eksekutif yang ditandatangani Presiden AS, Trump, semalam.
Dokumen pelarasan lanjut kadar tarif timbal balas yang ditandatangani Trump bertarikh 31 Julai 2025 itu sudah dimuat naik di laman sesawang White House.
Fahmi: Jangan berhenti, perjuangan rakyat mesti diteruskan
Hubungan dengan Zahid masih baik, Anwar pilih kestabilan pertahan Kerajaan Perpaduan
Kemiskinan, dadah ancaman sebenar orang Melayu: Saifuddin Nasution
RM2.58 bilion rugi, Syed Saddiq persoal pelaburan TH sampai ‘naik darah’
14 pembahas sokong DAP terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri