Penurunan OPR sokong pengukuhan ekonomi negara: Anwar

October 29, 2025 · Isu semasa

Kesan pengurangan Kadar Dasar Semalaman (OPR) baru-baru ini dijangka akan terus menyuntik semangat baharu kepada pertumbuhan ekonomi negara menjelang suku keempat 2025 dan seterusnya melangkah ke tahun 2026.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim, berkata langkah mengurangkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus pada Julai lalu sudah mula menunjukkan kesannya dalam sistem kewangan negara.

“Kadar faedah rujukan seperti Kadar Asas Standard (SBR) dan Kadar Asas (BR) telah diselaraskan sepenuhnya selari dengan pengurangan OPR,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen.

Susulan pelarasan itu, bayaran balik pinjaman bagi isi rumah serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mempunyai pinjaman berkadar terapung kini menjadi lebih rendah.

“Ini bukan sahaja mengurangkan beban sedia ada, malah meningkatkan keupayaan peminjam untuk berbelanja dan seterusnya menyokong aktiviti perniagaan,” jelas Anwar lagi.

Bagi mereka yang masih dibelenggu tekanan kewangan, kerajaan masih menyediakan pelbagai program bantuan.

“Bantuan ini termasuk kemudahan di bawah dana Bank Negara Malaysia untuk PKS, bantuan bayaran balik pinjaman secara bersasar oleh bank, serta perkhidmatan nasihat melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK),” ujarnya.

Kerajaan juga komited untuk meneruskan usaha jangka panjang bagi meningkatkan pendapatan rakyat dan mengurangkan beban hidup.

“Langkah seperti peningkatan gaji minimum, semakan skim gaji penjawat awam, serta pelaksanaan NIMP 2030 dan NETR adalah penting untuk menarik pelaburan bernilai tinggi,” ujarnya.

Beliau menekankan langkah-langkah strategik ini akan meningkatkan produktiviti, daya saing negara dan seterusnya mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk kebaikan rakyat.

Berita berkaitan
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
5 jam lalu· Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
5 jam lalu· Isu semasa
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
7 jam lalu· Politik
RCI Tabung Haji: Siasatan tak terikat untuk tempoh 2014-2020, boleh diperluas
August 18, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
2 jam lalu · Isu semasa
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
2 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
7 jam lalu · Isu semasa
Bekas CEO bank hadap pertuduhan tipu pelaburan RM139.8 juta
7 jam lalu · Isu semasa
Tiga maut dilanggar lori imigresen terbabas: Polis tahan dua pemandu
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok