Penyimpanan data seragam dicadang MCMC penting untuk kawal jenayah siber: Pakar

August 18, 2025 · Isu semasa

Cadangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mewujudkan protokol penyimpanan data seragam disokong pakar sebagai langkah penting memerangi jenayah siber, eksploitasi kanak-kanak dan keganasan.

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Dr. Haezreena Begum Abdul Hamid, sistem penyimpanan data yang teratur membolehkan pihak berkuasa mengakses bukti penting seperti log panggilan, alamat IP dan lokasi digital dengan lebih pantas.

“Tanpa garis panduan jelas, data kritikal mungkin terhapus sebelum sempat digunakan dalam siasatan. Ini bukan sahaja melemahkan pendakwaan, malah membahayakan keselamatan awam,” jelas beliau. *

Dr. Haezreena menekankan ketidakseragaman amalan penyimpanan data antara penyedia perkhidmatan boleh dijadikan peluang oleh penjenayah.

Beliau memberi contoh Kesatuan Eropah dan Australia yang telah berjaya melaksanakan sistem serupa.

“Australia mewajibkan penyimpanan metadata selama dua tahun. Ini terbukti membantu menyelesaikan banyak kes jenayah serius,” katanya.

Menyedari kebimbangan awam tentang privasi, pakar kriminologi ini menyarankan beberapa langkah perlindungan, pengawasan oleh pihak kehakiman, kawalan akses yang ketat, had masa penyimpanan yang munasabah dan penggunaan data hanya untuk kes jenayah serius

“Metadata berbeza dengan kandungan komunikasi. Ia hanya maklumat asas yang membantu siasatan,” jelas Dr. Haezreena.

Beliau menggesa semua pihak termasuk NGO dan pakar teknologi untuk menyertai perbincangan awam MCMC bagi memastikan cadangan ini dilaksanakan secara telus dan berkesan.

“Penyimpanan data bukan untuk mengintip, tetapi alat penting dalam sistem keadilan moden. Jika dilaksanakan dengan betul, ia boleh melindungi mangsa sambil menjaga hak asasi orang awam,” tegas beliau.

Cadangan ini dilihat sebagai langkah proaktif Malaysia dalam menghadapi cabaran jenayah digital yang semakin kompleks.

Berita berkaitan
Guru rugi RM325,000 diperdaya sindiket menyamar pegawai AMLA
6 jam lalu· Isu semasa
X ambil langkah tingkat keselamatan, beri kerjasama baik: Fahmi
January 23, 2026· Isu semasa
Sekatan ke atas aplikasi Grok ditarik balik selepas patuh arahan MCMC
January 23, 2026· Isu semasa
Lesen media sosial: Syarat nilai ambang 8 juta pengguna akan diteliti
January 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Guan Eng desak Sosma dimansuh susulan penahanan remaja 16 tahun
6 jam lalu · Isu semasa
Agong berangkat ke Russia untuk lawatan khas: Laporan
6 jam lalu · Isu semasa
SPRM sita aset RM9.7 juta dalam siasatan pelaburan RM300 juta
6 jam lalu · Isu semasa
Sultan Pahang tegur salah guna kuasa di sebalik baju seragam dan institusi
January 24, 2026 · Isu semasa
Akses lebih adil kepada pelajar pelbagai aliran masuk ke universiti awam: Loke
January 24, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
January 20, 2026
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong
January 19, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok