Peratusan mengundi awal PRN Sabah 92.5 peratus: Laporan

November 25, 2025 · Politik

Proses mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang berlangsung hari ini mencatat peratusan keluar mengundi sebanyak 92.5 peratus atau 17,615 pengundi.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Khairul Shahril Idrus berkata pengundi berkenaan terdiri daripada anggota tentera dan pasangan serta anggota polis termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan yang layak mengundi awal dalam PRN kali ini.

Beliau berkata proses mengundi awal bermula pada 8 pagi melibatkan 58 Pusat Mengundi Awal di seluruh Sabah dan ditutup pada 5 petang, dengan 8,347 anggota tentera serta pasangan dan 10,696 anggota polis serta pasangan layak mengundi.

“SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik pada hari ini,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, petugas media dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada SPR.

Pengundian PRN Sabah ditetapkan pada Sabtu ini. – Bernama

Berita berkaitan
DUN Melaka sah bubar esok, PRN bakal diadakan: Ab Rauf
18 jam lalu· Politik
DUN Melaka dijangka bubar hari ini, PRN semakin hampir
20 jam lalu· Politik
Ab Rauf titip tiga pesan sebelum DUN Melaka dibubar
September 21, 2026· Politik
PRN Melaka: PH sedia jalan sendiri jika BN tak berminat kerjasama
September 21, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rayuan Majlis Peguam cabar pengampunan Najib diputuskan 7 Januari: Bernama
10 jam lalu · Politik
AGC: Kerajaan Negeri Sembilan tiada kuasa gantung dua pegawai kanan
10 jam lalu · Politik
Sivamalar soal Akmal: Kenapa diam isu Istana Negeri Sembilan?
10 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan: MB umum dua pegawai kanan digantung tugas
16 jam lalu · Politik
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok