Perjanjian damai AS-Iran belum mampu pulihkan pasaran serta-merta: Akmal

June 15, 2026 · Isu semasa

Perjanjian damai yang dicapai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran dijangka memberi kelegaan kepada ekonomi global, namun kesan positifnya terhadap ekonomi negara dan bekalan minyak dunia memerlukan masa sebelum dapat dirasai sepenuhnya.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata kerajaan menyambut baik sebarang usaha ke arah perdamaian kerana konflik geopolitik yang berlarutan memberi impak besar kepada pasaran tenaga serta rantaian bekalan antarabangsa.

Menurut beliau, walaupun perkembangan itu dilihat sebagai petanda positif, negara tidak boleh terlalu cepat berasa selesa kerana keadaan global masih terdedah kepada pelbagai risiko dan ketidaktentuan.

“Sudah pasti krisis geopolitik yang berlaku di peringkat global memberi kesan yang ketara kepada negara, khususnya dalam soal bekalan minyak. Kita sememangnya menantikan perkembangan yang boleh membuka ruang kepada perjanjian damai, namun ia tidak membolehkan kita kembali kepada keadaan selesa kerana keadaan masih boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor luar jangka,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Ekonomi hari ini.

Akmal berkata, pemulihan perdagangan antarabangsa tidak akan berlaku serta-merta kerana laluan strategik di Selat Hormuz yang terjejas akibat konflik perlu kembali beroperasi secara normal, selain kerja-kerja membaik pulih infrastruktur yang rosak sepanjang peperangan.

“Keadaan itu juga memerlukan masa untuk dipulihkan sepenuhnya sebelum kesan positifnya dapat dirasai oleh ekonomi global,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan akan terus memantau perkembangan semasa bagi menilai kesan konflik tersebut terhadap ekonomi negara dan pasaran tenaga dunia.

Menurutnya, Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) akan diteruskan sehingga terdapat gambaran yang lebih jelas mengenai penyelesaian krisis berkenaan.

“Kita akan mengekalkan komitmen untuk terus melihat peranan yang boleh diambil termasuk melalui mesyuarat MTEN yang akan diteruskan sehinggalah keadaan itu benar-benar memberi gambaran yang lebih jelas dalam soal tamatnya krisis ini,” katanya.

Konflik antara AS dan Iran yang tercetus lebih tiga bulan lalu telah menjejaskan kestabilan Asia Barat, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap bekalan minyak global memandangkan Selat Hormuz merupakan antara laluan perkapalan tenaga paling penting di dunia.

Berita berkaitan
Eksport Malaysia ke AS melonjak 69.1 peratus, cecah RM282 bilion
23 jam lalu· Isu semasa
Ekonomi Malaysia kukuh, ringgit dijangka cecah RM3.97: Hong Leong Bank
October 26, 2026· Isu semasa
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
October 24, 2026· Isu semasa
Syarat ekuiti Bumiputera 30 peratus kekal
October 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
13 jam lalu · Isu semasa
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
13 jam lalu · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
13 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
14 jam lalu · Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok