Anwar menyampaikan Amanat Sambutan Hari Malaysia 2025 di Picca@Arena malam tadi.
Anwar Ibrahim menegaskan bahawa sikap fanatik terhadap kaum dan agama perlu dibanteras demi memastikan kelangsungan dan kestabilan negara yang berdaulat.
Perdana Menteri menyeru seluruh rakyat Malaysia agar bersatu dan menolak segala bentuk sikap ekstrem yang boleh memecah-belahkan masyarakat.
“(Sebagai) Negara merdeka dan berdaulat, (rakyat) mesti bersatu, mesti meleburkan kebencian dan prasangka antara kaum dan agama serta wilayah.
“Mesti menentukan bahawa sikap terlampau dengan kaum lain atau fanatik agama tidak dibenarkan,” tegas Anwar semasa menyampaikan Amanat Sambutan Hari Malaysia 2025 di Picca@Arena malam tadi.
Anwar juga menekankan kepentingan perpaduan dan kesaksamaan untuk semua.
“Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat menjamin peluang serta kesaksamaan bagi semua kaum,” tambahnya lagi.
Beliau turut menyentuh tentang erti kemerdekaan yang sebenar, ia bukan sekadar menggantikan penjajah dengan pemimpin tempatan, tetapi tentang menjamin wujudnya sebuah sistem yang adil, berakhlak dan menjunjung nilai kemanusiaan.
“Kemerdekaan ertinya menjamin suatu sistem ekonomi, budaya yang adil serta menjamin perpaduan dalam kalangan kita,” ujarnya lagi.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof, serta pemimpin negeri lain.
Anwar turut menekankan cabaran kepimpinan negara untuk memastikan ekonomi Malaysia terus berkembang dengan amalan tadbir urus yang baik.
Ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM3.93 hingga RM3.98: Laporan
SUHAKAM bantah guna SOSMA terhadap kanak-kanak
Penipuan pelaburan cecah RM188 juta awal tahun ini: Polis
Konflik Asia Barat dijangka beri tekanan inflasi kepada negara: Akmal Nasrullah
Ekonomi negara masih kukuh hadapi krisis Asia Barat: Zafrul
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan