Petronas Dagangan catat prestasi kewangan kukuh, untung RM783 juta

August 25, 2025 · Isu semasa

Petronas Dagangan Berhad (PDB) mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM783.0 juta bagi separuh pertama tahun kewangan 2025 (1H TK2025), menunjukkan peningkatan 8 peratus berbanding RM722.9 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

Peningkatan ini disokong oleh kecemerlangan operasi dan komersial syarikat serta pengurusan perbelanjaan yang lebih efektif, meskipun berdepan persekitaran pasaran yang mencabar dan harga komoditi yang lebih rendah.

Bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2025 (S2 TK2025), syarikat tersebut merekodkan keuntungan sebelum cukai RM373.8 juta, menurun 6 peratus berbanding suku sama tahun sebelumnya akibat margin yang lebih lemah.

Volum jualan keseluruhan kekal stabil dengan sokongan permintaan kukuh daripada segmen komersial, terutamanya bahan api penerbangan dan diesel.

Prestasi ini mengimbangi segmen runcit yang mengalami perlahanan akibat normalisasi perjalanan dan pola perbelanjaan pengguna yang lebih berhati-hati.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Azrul Osman Rani, berkata syarikat kekal berdisiplin dan strategik dalam memberi fokus kepada penjanaan nilai merentas semua segmen perniagaan.

“Segmen komersial kekal kukuh dengan memenuhi permintaan secara konsisten, manakala segmen runcit dibangunkan untuk jangka panjang melalui pelaburan terpilih, pengukuhan kesetiaan pelanggan dan peningkatan pengalaman pelanggan,” jelasnya.

Menjelang separuh kedua tahun ini, PDB menjangkakan landskap global akan terus dipengaruhi oleh dinamik perdagangan yang berubah dan ketegangan geopolitik.

Ekonomi domestik diunjurkan kekal stabil dengan sokongan permintaan sihat dan dasar kerajaan yang berkesan.

Syarikat akan terus memantau dinamik pasaran secara teliti dan melaksanakan strategi yang disasarkan, sambil mengekalkan kewaspadaan terhadap kos dan ketidaktentuan pasaran.

PDB juga mengisytiharkan dividen interim sebanyak 22 sen sesaham biasa bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2025, mencerminkan komitmen syarikat untuk memberikan pulangan kepada pemegang saham.

Berita berkaitan
RM2.58 bilion rugi, Syed Saddiq persoal pelaburan TH sampai ‘naik darah’
17 jam lalu· Politik
Kerajaan Madani tumpu usaha pulih TH, bukan raih keuntungan politik: Aiman Athirah
August 12, 2026· Politik
TH lulus beli pegangan dalam Putrajaya Perdana ketika dikawal Jho Low
August 12, 2026· Isu semasa
RCI TH: Kerajaan suntik lebih RM10 bilion bantuan kewangan untuk selamatkan TH
August 11, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ulama tampil bincang RCI Tabung Haji, gesa amanah pendeposit dibela
9 jam lalu · Isu semasa
1,098 Pusat NADI sasar pecah rekod MBOR dalam program Senam Sihat MADANI
15 jam lalu · Isu semasa
AUKU mansuh, Anwar mahu mahasiswa bebas bersuara
15 jam lalu · Isu semasa
Doktor terpedaya pelaburan online, rugi RM558,000
17 jam lalu · Isu semasa
Anak nafi dakwaan tular Abdul Azeez ditahan SPRM
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
8 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok