Kewangan Melaka makin tertekan, belanja negeri naik tiga kali ganda: Rafizi

4 jam lalu · Politik

Parti Bersama mendakwa kedudukan kewangan kerajaan Melaka semakin tertekan apabila kadar peningkatan perbelanjaan tahunan negeri hampir tiga kali ganda lebih tinggi berbanding pertumbuhan kutipan hasil bagi tempoh 2021 hingga 2024.

Pemimpin Bersama, Mohd Rafizi Ramli berkata, perbelanjaan kerajaan negeri meningkat pada kadar purata 6.72 peratus setahun dalam tempoh berkenaan, sedangkan pertumbuhan hasil kutipan hanya mencatatkan 2.28 peratus setahun.

Menurutnya, jurang antara pertumbuhan perbelanjaan dengan hasil itu menyebabkan ruang fiskal kerajaan negeri semakin mengecil sehingga kedudukan kewangan yang sebelum ini mencatatkan lebihan bertukar kepada defisit sejak 2023.

“Pada 2021, kerajaan Melaka mencatat lebihan RM31 juta sebelum mengecil kepada RM6 juta pada 2022.

“Bagaimanapun, pada 2023 kedudukan kewangan negeri mula mencatatkan defisit RM59 juta, diikuti RM29 juta pada 2024,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran manifesto Bersama sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 di Ruang Bersama Melaka, Taman Mutiara, Batu Berendam malam tadi.

Bekas Menteri Ekonomi itu berkata, berdasarkan angka berkenaan, peningkatan perbelanjaan tahunan kerajaan negeri jauh lebih tinggi berbanding keupayaan meningkatkan kutipan hasil.

“Ini bermakna di bawah pentadbiran Rauf dan Barisan Nasional (BN) sekarang, peningkatan perbelanjaan tahunan adalah secara purata tiga kali ganda lebih tinggi daripada pertumbuhan kutipan hasil,” katanya.

Isu pengurusan kewangan negeri menjadi antara perkara utama diketengahkan dalam manifesto Bersama setebal 23 muka surat yang turut menilai prestasi kewangan dan pentadbiran kerajaan Melaka bagi tempoh 2021 hingga 2025.

Rafizi berkata, trend berkenaan perlu ditangani segera kerana pertumbuhan hasil negeri yang perlahan berbanding peningkatan perbelanjaan boleh menjejaskan keupayaan kerajaan negeri membiayai komitmen pada masa hadapan.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan negeri meningkatkan pertumbuhan ekonomi bagi memperkukuh sumber hasil, selain menilai semula perbelanjaan supaya kedudukan kewangan lebih mampan.

“Jika keadaan ini berterusan, sesuatu perlu dilakukan sama ada meningkatkan pertumbuhan ekonomi supaya hasil negeri bertambah lebih cepat atau mengawal perbelanjaan kerajaan,” katanya.

Dalam PRN Melaka kali ini, Bersama meletakkan 16 calon daripada keseluruhan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka ke-16.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Calon Gen-Z PH anggap kecaman sebagai lumrah politik
2 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PH gesa SPR siasat dakwaan sogokan bakul makanan di DUN Rim
2 jam lalu· Politik
Calon Ketua Menteri? Adly mahu fokus PRN dahulu
23 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PH desak projek terbengkalai didedahkan, gesa siasatan
November 2, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Kes rasuah kuota pekerja asing Saravanan dibicarakan Mac depan
November 3, 2026 · Politik
Armada Bersatu gesa kaji semula pemberhentian hampir 100 pekerja Utusan, Kosmo!
November 3, 2026 · Politik
Kes hasutan Muhyiddin: Perbicaraan ditangguh, representasi baharu dikemuka
2 jam lalu · Politik
MP DAP persoal AGC berhubung status laporan terhadap MB Negeri Sembilan
November 2, 2026 · Politik
PRN Melaka: PH sahut cabaran debat MCA di empat DUN
November 2, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok