Petronas diberi peranan urus lapangan gas gergasi Turkmenistan: PMX

June 20, 2026 · Isu semasa

Keputusan Turkmenistan menyerahkan dua blok utama di antara lapangan gas terbesar dunia kepada Petronas disifatkan sebagai satu pengiktirafan besar terhadap keupayaan Malaysia di peringkat antarabangsa.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, persetujuan yang dimeterai semasa lawatan rasminya ke Turkmenistan membuktikan tahap keyakinan tinggi negara itu terhadap Malaysia, khususnya Petronas yang telah beroperasi di negara Asia Tengah berkenaan selama hampir tiga dekad.

Menurut beliau, kejayaan itu bukan sahaja memberi manfaat kepada Petronas, malah meningkatkan kedudukan Malaysia dalam industri tenaga global.

“Semalam kami menandatangani perjanjian dan kerajaan Turkmenistan memutuskan untuk menempatkan dua blok utama yang membolehkan Malaysia dan Petronas mengusahakan salah satu lapangan gas terbesar di dunia.

“Alhamdulillah, tahniah kepada rakyat Malaysia. Dengan kerja keras, komitmen dan hubungan baik yang kita bina dengan negara-negara luar, hasilnya kini dapat dilihat dengan jelas,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian kilang MKS Instruments Inc di Batu Kawan hari ini.

Anwar berkata, pencapaian itu lahir daripada kestabilan politik negara, perpaduan rakyat serta profesionalisme syarikat dan tenaga kerja tempatan yang terus mendapat kepercayaan di peringkat antarabangsa.

“Penghormatan ini jelas menggambarkan keyakinan tinggi negara luar terhadap Malaysia hasil keamanan yang kita kecapi, perpaduan rakyat yang utuh serta kesungguhan syarikat seperti Petronas.

“Ini juga membuktikan kegigihan golongan pekerja kita yang sentiasa komited dalam membangunkan negara,” katanya.

Beliau turut menegaskan pendekatan Malaysia yang menitikberatkan hubungan diplomatik dan kerjasama strategik dengan negara luar mampu membuka peluang ekonomi baharu yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

Mengulas lanjut, Anwar berkata telah membangkitkan cadangan penglibatan lebih besar Petronas dalam sektor tenaga Turkmenistan ketika menerima kunjungan Presiden Turkmenistan ke Malaysia pada Disember 2024.

“Apabila presiden datang ke Malaysia pada Disember 2024, saya menyatakan bahawa mereka perlu terbuka untuk membenarkan kita menyertai usaha ini. Saya juga berada di Turkmenistan atas jemputan beliau dan berita baiknya ialah tahap keyakinan mereka terhadap Malaysia amat tinggi,” katanya.

Semalam, Malaysia dan Turkmenistan bersetuju memperkukuh kerjasama dalam sektor tenaga selain memperluaskan hubungan dua hala dalam bidang perdagangan, pelaburan, pengangkutan, pendidikan dan teknologi.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas lawatan rasmi Anwar ke negara itu, kedua-dua kerajaan menegaskan komitmen untuk memperkukuh hubungan serta meneroka bidang kerjasama baharu bagi merangsang pertumbuhan ekonomi bersama.

Sektor minyak dan gas menjadi antara fokus utama perbincangan, dengan kedua-dua negara mengiktiraf peranan Petronas yang telah beroperasi di Turkmenistan selama hampir 30 tahun serta sumbangannya kepada pembangunan industri tenaga negara berkenaan.

Berita berkaitan
Anwar rasmi Menara FINAS baharu, industri kreatif masuk fasa baharu
August 24, 2026· Isu semasa
Anwar, Abang Johari dan Hajiji bincang persiapan MA63
August 22, 2026· Isu semasa
Sultan Brunei kurnia Darjah Kerabat kepada Anwar
August 22, 2026· Isu semasa
PAS jangan sibuk isu Taiwan, bahas Tabung Haji dulu: AMK
August 22, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah tolak permohonan lucut hak wang RM21.1 juta Aman Palestin
2 jam lalu · Isu semasa
Menara FINAS buka era baharu industri filem: Fahmi
2 jam lalu · Isu semasa
Ashwad, Ziana Zain terima gelaran Datuk Melaka
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit terus mengukuh, data ekonomi jadi pemangkin
6 jam lalu · Isu semasa
JMF buat penampilan sulung, meriahkan Hari Kebangsaan: Fahmi
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok