PH lancar jentera PRN Johor esok

June 5, 2026 · Politik

Pakatan Harapan (PH) akan melancarkan jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dalam satu majlis yang dijadual berlangsung di Dewan Sekolah Tinggi Cina, Batu Pahat, malam esok.

Majlis yang bermula pada pukul 8 malam itu dijangka dihadiri Pengerusi PH, Anwar Ibrahim, Timbalan Pengerusi PH, Mohamad Sabu, serta Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Menerusi hebahan di media sosial, PKR Batu Pahat mengajak orang ramai hadir bagi menunjukkan kesiapsiagaan rakyat Johor menjelang pilihan raya negeri yang bakal diadakan dalam tempoh terdekat.

Menurut kenyataan itu, rakyat negeri berkenaan disifatkan bersedia untuk menentukan hala tuju Johor melalui proses demokrasi.

“Orang Johor sudah bersedia. Johor tidak takut berdepan pilihan raya dan tidak akan berdiam diri apabila masa depan negeri dipertaruhkan. Johor sudah bersedia untuk menentukan hala tuju negeri ini,” menurut kenyataan tersebut.

PKR Batu Pahat turut menyeru penyokong dan rakyat setempat memenuhi dewan bagi menghantar mesej bahawa rakyat Johor bersedia menghadapi PRN.

Pelancaran jentera itu dilihat sebagai langkah awal PH bagi menggerakkan persiapan menghadapi pilihan raya yang bakal menyaksikan persaingan sengit antara gabungan politik utama di negeri berkenaan.

PRN Johor akan diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 1 Jun lalu.

Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi sebelum ini mengumumkan pembubaran DUN selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Mengikut peruntukan undang-undang, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh sehingga 60 hari selepas pembubaran DUN untuk menetapkan tarikh penamaan calon, hari mengundi serta tarikh pengundian awal.

Berita berkaitan
Peja: Bersatu tak mampu bergerak solo di Melaka
August 26, 2026· Politik
Gempa bumi lemah 3.1 gegar perairan Batu Pahat
August 25, 2026· Isu semasa
Bersatu Melaka terbuka kerjasama dengan PH hadapi PRN
August 25, 2026· Politik
PRN Melaka: Amirudin diberi amanah teliti kerjasama PH-BN
August 25, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Ismail Sabri bebas dengan jaminan RM300,000 dibayar anak
5 jam lalu · Politik
PKR Kedah: Sanusi jangan alih tiang gol, jawab isu lesen judi
5 jam lalu · Politik
RM14.7 juta, mata wang asing dan emas: Ismail Sabri didakwa
9 jam lalu · Politik
Anwar: Kebebasan mahasiswa mesti diberi sepenuhnya
22 jam lalu · Politik
Kes pengisytiharan harta: Ismail Sabri akan didakwa esok
August 26, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok