PH sedia lawan semua kerusi jika rundingan gagal, Anwar beri bayangan PRU awal

May 17, 2026 · Politik

Pakatan Harapan (PH) memberi bayangan akan bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di beberapa negeri sekiranya kerjasama politik dengan Barisan Nasional (BN) tidak dapat dipertahankan.

Pengerusi PH, Anwar Ibrahim berkata keputusan itu bukan hanya melibatkan Johor, malah turut membabitkan Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang dan Pahang.

Menurut beliau, PH masih membuka ruang rundingan, namun gabungan itu tidak akan berdiam diri jika dipinggirkan atau dicabar oleh rakan politik sendiri.

“Kita orang baik, sabar dan mahu selamatkan negara dengan politik stabil. Tetapi kalau mereka yang mula melanggar, PH akan bertanding di semua kawasan,” katanya ketika berucap pada Konvensyen PH 2026 di Johor Bahru hari ini.

Anwar berkata kenyataan BN Johor untuk bertanding di semua 56 kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang tidak mengejutkan kerana perkara itu sudah dijangka lebih awal oleh pimpinan PH.

Beliau turut menegaskan PH sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk pertandingan satu lawan satu sesama parti dalam kerajaan perpaduan.

“Johor dan Negeri Sembilan, kita lawan semua. Johor sedia? Negeri Sembilan sedia? Lawan tetap lawan,” katanya disambut sorakan penyokong.

Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri itu turut memberi bayangan Pilihan Raya Umum (PRU) boleh diadakan lebih awal sekiranya hubungan antara parti dalam kerajaan terus menjadi tegang.

“Kita akan bincang dengan pimpinan PH di semua negeri. Kalau beginilah cara hubungan diperkotak-katikkan, mungkin PRU seluruh negara diadakan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan keputusan mengenai tarikh pilihan raya perlu dibuat secara bersama dengan mengambil kira pandangan semua pihak dalam gabungan.

Semalam, Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi mengumumkan BN akan bertanding di semua 56 kerusi DUN Johor pada PRN akan datang, sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai keretakan hubungan politik antara BN dan PH menjelang pilihan raya.

Berita berkaitan
Anwar berlepas ke Rusia sertai Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN
2 jam lalu· Isu semasa
Pasukan khas pantau isu 3R menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan
2 jam lalu· Politik
Onn Hafiz ubah jadual untuk hadir ke majlis bersama Loke
8 jam lalu· Isu semasa
BN hampir selesai rundingan kerusi, fokus kempen berteraskan dasar: Asyraf Wajdi
8 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Hakim sifatkan skandal 1MDB sebagai kleptokrasi terburuk dunia
2 jam lalu · Politik
Fahmi nasihat Ketua Pengarah J-Kom agar berhati-hati di media sosial
2 jam lalu · Politik
PAS cadang perpaduan Melayu, tetapi tak mahu Hamzah dalam parti
11 jam lalu · Politik
Dikritik ‘katak’ politik, Zaid sasar kembali bertanding PRU atas tiket PAS
11 jam lalu · Politik
PRN Johor: Anwar gesa pengundi pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
22 jam lalu
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok