Pihak sekolah hanya ketahui suspek ada masalah pembelajaran bukan mental

October 16, 2025 · Isu semasa

Pihak sekolah hanya mengetahui suspek berusia 14 tahun yang didakwa menikam seorang pelajar perempuan sehingga maut di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya minggu lepas, mempunyai masalah pembelajaran dan bukannya masalah kesihatan mental.

Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar berkata dakwaan mengatakan suspek mempunyai masalah mental adalah tidak benar dan siasatan setakat ini mendapati suspek hanya menjalani sesi kaunseling pemulihan berkaitan kaedah pembelajarannya.

“Setakat siasatan hingga kini, saya dimaklumkan bahawa suspek ada menjalani proses kaunseling pemulihan untuk membaiki dari segi kaedah pembelajaran dia, bukan dari segi kesihatan mental atau personaliti dia, perkara ini diuruskan oleh pihak sekolah,” jelas beliau dipetik laporan media.

Mengenai keadaan mental suspek, Shazeli menegaskan pihak polis tidak layak untuk membuat sebarang penilaian.

“Saya berpendapat tidak adil untuk saya memberikan komen tentang keadaan mental tersebut kerana pihak polis bukan pakar psikiatri, jadi kita perlu merujuk kepada pakar yang sepatutnya,” katanya.

Siasatan kini turut memfokuskan kepada pengaruh permainan video dan kandungan media sosial yang dipercayai menjadi faktor pendorong kepada kejadian tersebut.

Polis juga telah memanggil dua lagi individu untuk dirakam keterangan, sementara laporan bedah siasat ke atas mangsa dijangka siap dalam tempoh sebulan.

“Polis kini sedang meneliti semua aspek termasuk motif dan pengaruh luar yang mungkin mendorong tindakan suspek,” tambahnya.

Semalam, mahkamah embenarkan reman selama tujuh hari ke atas remaja lelaki tersebut untuk membantu siasatan lanjut.

Media sebelum ini melaporkan bahawa suspek dikatakan mempunyai perasaan terhadap mangsa.

Berita berkaitan
Anwar cadang projek ladang babi di Bukit Tagar dibatalkan
22 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan mohon tangguh bayar pampasan kes Pastor Koh: Laporan
January 22, 2026· Isu semasa
Kemalangan maut lori berat catat penurunan: Loke
January 22, 2026· Isu semasa
Langkah beku tender ATM dan PDRM diteruskan sehingga sistem diperkemas: PMX
January 21, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
SPRM buka dua kertas siasatan berhubung isu dana hampir RM300 juta: Laporan
January 24, 2026 · Isu semasa
Anwar nafi isu tanah Malaysia diserah kepada Indonesia
January 24, 2026 · Isu semasa
RUU PSB perlu dibaiki demi hak penduduk, UMNO tak tolak pembangunan: Asyraf
17 jam lalu · Isu semasa
Saluran aduan media kini dibuka, fokus profesional dan telus: Fahmi
17 jam lalu · Isu semasa
X ambil langkah tingkat keselamatan, beri kerjasama baik: Fahmi
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
January 20, 2026
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong
January 19, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok