PKR Selangor gesa Akmal henti main isu agama dan kaum demi politik

January 5, 2026 · Politik

PKR Selangor mendakwa Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menggunakan isu agama dan kaum sebagai alat untuk meraih keuntungan politik, susulan gesaan supaya UMNO menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan.

Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan dalam satu kenyataan berkata tindakan Akmal menggesa UMNO keluar daripada kerajaan dengan memainkan sentimen perkauman dan agama hanya mencetuskan ketakutan dalam kalangan rakyat tanpa asas yang kukuh.

“Cubaan menggambarkan seolah-olah negara sedang dikhianati adalah satu bentuk politik ketakutan yang tidak berasas.

“Ia bukan sahaja bersifat emosional, malah jelas mengeksploitasi agama Islam dan isu Melayu semata-mata untuk kepentingan politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menyifatkan naratif tersebut sebagai tidak bertanggungjawab dan berbahaya kepada keharmonian negara.

Sathia menegaskan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera kekal terpelihara di bawah pentadbiran kerajaan sedia ada, tanpa sebarang ancaman seperti yang didakwa.

“Tiada asas untuk mengatakan hak-hak ini terancam. Menggunakan agama sebagai modal politik hanya akan memecah-belahkan masyarakat dan bukannya menyatukan rakyat,” katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan pemimpin politik agar lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan, khususnya dalam suasana politik semasa yang memerlukan kestabilan dan kerjasama antara kaum.

Sebelum ini, Akmal dilaporkan menggesa UMNO meninggalkan Kerajaan Perpaduan dan mengambil peranan sebagai pembangkang, dengan alasan langkah itu perlu bagi membina semula kekuatan parti.

Gesaan tersebut bagaimanapun menerima kritikan daripada beberapa pihak yang melihatnya sebagai tidak selari dengan keperluan semasa negara.

Berita berkaitan
Kawal mulut timbalan dan ketua pemuda UMNO dulu: DAPSY beritahu Zahid
9 jam lalu· Politik
Politik matang kunci kukuhkan perpaduan negara: Anwar
10 jam lalu· Politik
AMK kenal pasti calon muda hadapi PRN Johor, Negeri Sembilan: Kamil
13 jam lalu· Politik
PH mahu menang atas kekuatan sendiri, bukan kelemahan lawan: Fahmi
14 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PAS buat pusingan-U, Hadi umum Hamzah jadi Ketua Pembangkang bukan Samsuri
13 jam lalu · Politik
Hamzah umum parti baharu, tapi tidak letak jawatan seperti Rafizi
13 jam lalu · Politik
PRN berasingan bukan faktor kelebihan kepada BN: Khaled
14 jam lalu · Politik
Tei terima pelawaan debat dengan bos J-KOM isu sekatan media sosial
15 jam lalu · Politik
Zahid tegur pemimpin DAP jaga lidah, hormati rakan kerjasama
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok