Rafizi Ramli.
Cabang PKR Tuaran mencetuskan gelombang baharu dalam parti apabila Mesyuarat Agung Tahunannya semalam meluluskan usul mendesak tindakan tegas diambil terhadap Rafizi Ramli, termasuk pemecatan jika didapati melanggar perlembagaan parti.
Ketuanya, Razeef Rakimin, berkata Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan telah menerima dua surat tunjuk sebab sebelum ini, namun sehingga kini tiada keputusan muktamad dibuat oleh kepimpinan pusat.
Menurutnya, kelewatan itu menimbulkan persepsi parti tidak tegas dalam soal disiplin.
Beliau secara terbuka mengkritik sikap kepimpinan pusat yang disifatkan tidak berani bertindak.
“Jangan jadikan surat tunjuk sebab sebagai bahan gurauan. Kalau benar ada pelanggaran, ambil tindakan. Jangan nampak lemah,” katanya ketika membentangkan usul tersebut, yang kemudian disokong perwakilan dengan sorakan persetujuan.
Isu ini timbul susulan kenyataan-kenyataan kritikal Rafizi terhadap kepimpinan parti dan Kerajaan Madani sejak kebelakangan ini.
Beberapa pimpinan kanan PKR sebelum ini menyifatkan kenyataan beliau sebagai melangkaui batas atau ‘garis merah’ perlembagaan parti, namun tindakan lanjut masih belum diputuskan.
Pada masa sama, Rafizi sendiri mengesahkan telah menerima dua surat tunjuk sebab daripada parti.
Beliau juga dilaporkan menggesa Lembaga Disiplin PKR membuat keputusan segera berhubung kedudukannya.
“Kalau penjelasan saya dianggap melanggar perlembagaan parti, pecat sahaja. Rakyat pun sudah muak dengan kemelut ini,” katanya dalam kenyataan sebelum ini.
Untuk rekod, Rafizi pernah memegang jawatan Timbalan Presiden PKR dan Menteri Ekonomi, serta dikenali sebagai antara tokoh strategik parti sejak era awal reformasi.
Namun, perbezaan pandangan terbuka dengan kepimpinan semasa dilihat semakin ketara sejak kebelakangan ini, sekali gus mencerminkan ketegangan dalaman yang masih belum reda.
Keputusan rayuan Guan Eng, isteri dan ahli perniagaan diketahui hari ini
Tiada arahan sekat Onn Hafiz masuk ke FELDA: Zahid
Kerajaan pusat dan negeri sepakat tangani cabaran ekonomi: Anwar
Bersatu persoal keabsahan Mesyuarat Tertinggi PN, langgar kehendak RoS
Kecoh kenyataan awal dipadam, pengguna FB kantoikan tangkap layar akaun Samsuri
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar