Platform media sosial besar disifatkan berdaftar mulai 2026: MCMC

December 15, 2025 · Isu semasa

Semua penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial yang mempunyai lapan juta atau lebih pengguna di Malaysia akan disifatkan berdaftar sebagai pemegang Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP(C)) bermula 1 Januari 2026.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan, langkah itu dilaksanakan menerusi pengetepian formaliti pendaftaran di bawah Seksyen 46A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, atau dikenali sebagai Peruntukan Deeming.

Menurut MCMC, pendekatan berkenaan bertujuan memastikan penyedia perkhidmatan berskala besar yang menawarkan perkhidmatan kepada pengguna tempatan beroperasi dalam kerangka perundangan dan kawal selia negara secara lebih teratur serta berkesan.

“Ini penting bagi menjamin akauntabiliti platform dan pematuhan berterusan terhadap undang-undang Malaysia,” kata MCMC dalam kenyataan hari ini.

Langkah berkenaan juga selari dengan kerangka pelesenan penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial yang telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2025, khususnya dalam usaha memperkukuh tanggungjawab platform terhadap keselamatan pengguna.

MCMC menegaskan fokus utama inisiatif itu adalah melindungi kanak-kanak dan keluarga daripada risiko dalam talian.

Pelaksanaan Peruntukan Deeming akan melibatkan penyedia perkhidmatan yang memenuhi kriteria ditetapkan, termasuk WhatsApp, Telegram, Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube.

MCMC menjelaskan penyedia perkhidmatan yang telah berdaftar sebagai pemegang lesen ASP(C) akan kekal berdaftar, manakala penguatkuasaan baharu hanya berkuat kuasa selepas tempoh pendaftaran sedia ada tamat.

Dalam masa sama, MCMC memberi jaminan platform terlibat akan terus beroperasi melalui platform global masing-masing seperti biasa.

“Pendekatan ini sejajar dengan amalan antarabangsa dalam mengawal selia platform dalam talian berskala besar,” menurut kenyataan itu.

MCMC turut menegaskan komitmen untuk terus bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan serta agensi penguatkuasaan undang-undang bagi memperkukuh keselamatan dalam talian demi manfaat semua pengguna di Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai pelaksanaan Peruntukan Deeming boleh didapati menerusi laman sesawang rasmi MCMC di https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf2/FAQ_Pelaksanaan-Peruntukan-Deeming_15-Disember-2025.pdf.

Berita berkaitan
MCMC diminta sekat jualan dadah dalam talian: Fahmi
12 jam lalu· Isu semasa
Zahid, Fahmi akan bawa isu PKD-NADI ke Kabinet sebulan lagi
14 jam lalu· Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
September 4, 2026· Isu semasa
Drama sentuh sensitiviti akan diambil tindakan, tiada kompromi: Fahmi
September 2, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kad UNHCR bukan lesen langgar undang-undang Imigresen
4 jam lalu · Isu semasa
Zahid nafi KKDW terlebih belanja projek jalan luar bandar
14 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin teruk, KPM benarkan anak tak ke sekolah
14 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan penamatan darurat di Serian hari ini: PMO
14 jam lalu · Isu semasa
Bekas Pengarah FELDA direman SPRM berhubung projek dan penjualan tanah
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok