Platform media sosial perlu patuh syarat had umur 16 tahun: Fahmi

June 1, 2026 · Isu semasa

Kerajaan menegaskan semua platform media sosial yang beroperasi di Malaysia wajib mematuhi undang-undang tempatan termasuk syarat baharu pengesahan umur bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko jenayah dan kandungan berbahaya di alam siber.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, penguatkuasaan Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) dan Kod Pengurangan Risiko (RMC) di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) bermula hari ini menjadi langkah penting dalam memastikan pengguna bawah umur 16 tahun tidak lagi bebas membuka akaun media sosial.

Menurut beliau, tindakan lebih tegas juga boleh diambil terhadap mana-mana platform yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan.

“Ini adalah langkah pertama dan akan ada tindakan susulan termasuk terhadap platform yang ingkar. Ada platform yang merasakan mereka lebih besar daripada negara kita.

“Kalau mahu berniaga dan melaksanakan aktiviti dalam negara kita, platform besar wajib menghormati undang-undang negara kita,” katanya selepas menghadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.

Bermula 1 Jun, individu bawah 16 tahun tidak lagi dibenarkan mendaftar akaun baharu media sosial tanpa proses pengesahan umur yang ditetapkan.

Bagi pengguna sedia ada pula, proses pengesahan akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh enam bulan oleh syarikat penyedia platform berkaitan.

Di bawah peraturan baharu itu, pengguna yang ingin membuka akaun media sosial perlu mengemukakan dokumen pengenalan rasmi seperti MyKad, pasport atau MyDigital ID bagi tujuan pengesahan umur.

Langkah itu melibatkan beberapa platform media sosial utama yang berlesen di Malaysia termasuk Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube.

Sebelum ini, kerajaan beberapa kali menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kes buli siber, eksploitasi seksual kanak-kanak, penipuan dalam talian dan pendedahan kandungan tidak sesuai melibatkan pengguna bawah umur.

Malaysia juga antara negara yang sedang memperketat kawalan terhadap platform digital susulan peningkatan penggunaan media sosial dalam kalangan remaja dan kanak-kanak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pelaksanaan ONSA dilihat sebagai sebahagian usaha kerajaan untuk memastikan ekosistem digital negara lebih selamat, khususnya bagi melindungi golongan muda daripada ancaman di internet.

Berita berkaitan
Kerajaan perketat kawalan platform e-dagang, terima aduan pengguna banyak: Fahmi
17 jam lalu· Isu semasa
Menara FINAS buka era baharu industri filem: Fahmi
August 24, 2026· Isu semasa
JMF buat penampilan sulung, meriahkan Hari Kebangsaan: Fahmi
August 24, 2026· Isu semasa
Kos sara hidup, pelaburan jadi fokus Belanjawan 2027: Fahmi
August 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Harga petrol tanpa subsidi naik 5 sen
9 jam lalu · Isu semasa
Dua pembantu Najib diperintah bayar RM483,000 kepada pendakwah bebas
13 jam lalu · Isu semasa
RCI Tabung Haji: SPRM tahan bekas pengerusi TH, bekas KSU Perbendaharaan
13 jam lalu · Isu semasa
KJ mohon mahkamah dedah siapa di sebalik artikel fitnah
19 jam lalu · Isu semasa
Pendakwah terkenal didakwa seleweng dana NGO RM13 juta
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok