Platform media sosial wajib sahkan umur pengguna mulai hari ini

June 1, 2026 · Isu semasa

Platform media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube kini diwajibkan melaksanakan pengesahan umur pengguna di Malaysia bermula hari ini bagi memastikan hanya individu berusia 16 tahun ke atas boleh membuka akaun baharu.

Langkah itu dilaksanakan menerusi penguatkuasaan Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) dan Kod Pengurangan Risiko (RMC) di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 yang dikuatkuasakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

MCMC dalam kenyataannya berkata, pengesahan umur perlu dibuat menggunakan rekod rasmi yang dikeluarkan Kerajaan Malaysia atau dokumen setara daripada pihak berkuasa luar negara yang diiktiraf.

“Mulai 1 Jun 2026, pemberi perkhidmatan media sosial berlesen hendaklah memastikan hanya pengguna berumur 16 tahun dan ke atas dibenarkan mendaftar akaun serta mengakses ciri perkhidmatan yang bersesuaian,” menurut kenyataan itu.

Bagi pengguna sedia ada pula, proses pengesahan umur akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh enam bulan.

Pengguna bawah umur yang dikenal pasti akan diberikan masa sebulan untuk memuat turun atau memindahkan data seperti gambar dan video sebelum sebarang sekatan atau penggantungan akaun dikenakan.

Penguatkuasaan baharu itu dibuat susulan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keselamatan kanak-kanak dalam talian, termasuk pendedahan kepada kandungan berbahaya, buli siber, eksploitasi seksual dan ketagihan media sosial.

Melalui CPC, syarikat media sosial diwajibkan menerapkan ciri keselamatan kanak-kanak dalam reka bentuk platform mereka atau “safety by design”, selain menyediakan perlindungan mengikut kesesuaian umur pengguna.

Pada masa sama, RMC pula mewajibkan platform digital mengambil langkah lebih proaktif seperti menjalankan penilaian risiko, memperkukuh pemantauan kandungan serta menyediakan kawalan keselamatan kepada pengguna.

MCMC menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana syarikat yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan.

“MCMC memandang serius sebarang ketidakpatuhan terhadap keperluan ini dan akan mengambil tindakan kawal selia serta penguatkuasaan sewajarnya selaras dengan undang-undang,” menurut kenyataan itu lagi.

Kebelakangan ini, isu keselamatan kanak-kanak di internet menjadi perhatian pelbagai pihak selepas peningkatan kes jenayah siber melibatkan remaja serta penggunaan media sosial pada usia terlalu muda.

Kerajaan sebelum ini turut mengumumkan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 sebagai usaha memperkukuh kawal selia platform digital dan memastikan penyedia perkhidmatan lebih bertanggungjawab terhadap kandungan serta keselamatan pengguna di Malaysia.

Berita berkaitan
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
16 jam lalu· Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
23 jam lalu· Isu semasa
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
October 27, 2026· Isu semasa
PRN Melaka: PH sasar pertahan kerusi, intai peluang rampas baharu
October 27, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Parlimen: 1,588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana dadah
2 jam lalu · Isu semasa
Shuhaily kembali ke PDRM, jawatan Ketua Pengarah AKPS kosong: Saifuddin Nasution
2 jam lalu · Isu semasa
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
16 jam lalu · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
17 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok