PM beri jaminan tidak korbankan Kg Baru, junjung titah Sultan Selangor

September 18, 2025 · Isu semasa

Anwar Ibrahim memberikan jaminan Kerajaan Madani tidak akan sekali-kali mengorbankan maruah, hak, dan sejarah Kampung Baru yang merupakan kepentingan nasional dalam sebarang usaha pembangunan.

Komitmen Perdana Menteri itu diberikan susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang menekankan kepentingan kawasan bersejarah itu kepada kelangsungan dan maruah orang Melayu di ibu negara.

“Alhamdulillah, saya menyambut baik kenyataan Sultan Selangor berhubung latar sejarah, masa depan dan hala tuju kawasan Kampung Baru,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Perumahan Mampu Milik Negara juga menegaskan kerajaan berpegang teguh setiap keputusan mesti berpaksi pada aspek kesejahteraan rakyat serta kelangsungan identiti masyarakat.

“Pandangan ini selari dengan pendirian Kerajaan Madani yang teguh menekankan keperluan menghargai warisan sejarah serta merangka pembangunan yang adil dan seimbang,” ujarnya lagi.

Dalam titahnya, Sultan Sharafuddin menegaskan bahawa Kampung Baru adalah simbol kebangkitan orang Melayu sejak tahun 1900.

“Beta ingin memberi pandangan berhubung isu pembangunan semula tanah di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur.

“Beta mahu agar isu ini dikendalikan secara teliti dan berhemah dengan keutamaan harus diberikan kepada kepentingan orang Melayu,” titah Baginda.

Walaupun tiada halangan untuk membangunkan kawasan itu, baginda menekankan syarat-syaratnya harus jelas dan berpihak kepada orang Melayu.

Sejarah asal penubuhan dan warisan Kampung Baru perlu diambil kira dalam setiap pertimbangan.

Menyahut titah itu, Anwar memberi jaminan bahawa pembangunan yang dirancang akan membawa manfaat sebenar kepada rakyat.

Berita berkaitan
Syed Azman Tokoh Perdana Maulidur Rasul, Anwar ucap tahniah kepada semua penerima
August 25, 2026· Isu semasa
PAS jangan sibuk isu Taiwan, bahas Tabung Haji dulu: AMK
August 22, 2026· Politik
Fahmi: Orang kampung juga jadi sasaran scam, kempen kesedaran akan diperluas
August 20, 2026· Isu semasa
UMNO perlukan kuasa untuk ‘tikam belakang’, jadi perlu kekal dalam kerajaan: Puad
August 18, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Harga petrol tanpa subsidi naik 5 sen
6 jam lalu · Isu semasa
Dua pembantu Najib diperintah bayar RM483,000 kepada pendakwah bebas
10 jam lalu · Isu semasa
RCI Tabung Haji: SPRM tahan bekas pengerusi TH, bekas KSU Perbendaharaan
10 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perketat kawalan platform e-dagang, terima aduan pengguna banyak: Fahmi
14 jam lalu · Isu semasa
KJ mohon mahkamah dedah siapa di sebalik artikel fitnah
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok