PM hargai komitmen dan kesungguhan petugas sambutan Hari Kebangsaan 2025

September 1, 2025 · Isu semasa

Anwar Ibrahim, telah menyampaikan penghargaan yang tinggi atas komitmen serta kesungguhan semua petugas yang terlibat dalam menjayakan sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya semalam.

Perdana Menteri menyifatkan penganjuran sambutan tersebut sebagai luar biasa dan menekankan kehadiran ratusan ribu rakyat ke acara tahunan itu melambangkan kekuatan sebenar perpaduan di Malaysia.

Anwar mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas keselamatan, sukarelawan, penjawat awam serta mereka yang bertungkus-lumus menjayakan sambutan dengan penuh dedikasi.

Beliau juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin yang hadir untuk bersama-sama meraikan detik bermakna itu sebagai satu rakyat dan satu negara.

“Kehadiran dan komitmen semua pihak melambangkan kekuatan sebenar Malaysia – kekuatan yang lahir daripada perpaduan, saling menghormati, dan rasa cinta terhadap tanah air tercinta ini,” katanya.

Semalam, lebih 100,000 pengunjung membanjiri Dataran Putrajaya bagi memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang berlangsung penuh warna-warni, mencerminkan semangat patriotik rakyat yang tidak pernah luntur.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Media dan Publisiti Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025, sambutan tahun ini bertemakan ‘Malaysia Madani: Rakyat Disantuni’, yang menekankan komitmen kerajaan untuk memastikan kebajikan rakyat terus diberi keutamaan, selaras dengan prinsip Malaysia Madano berteraskan perpaduan, kesejahteraan, dan nilai kemanusiaan.

Acara kemuncak sambutan tersebut ialah perbarisan dan perarakan yang membabitkan 14,062 peserta, menampilkan pancaragam, aset hidup, kenderaan serta kontinjen daripada pelbagai sektor utama negara termasuk ekonomi, telekomunikasi, industri kreatif, sukan dan keselamatan.

Sambutan kali ini turut mencatat kelainan menerusi penyertaan julung kali Kontinjen Kepengerusian Asean 2025 sempena peranan Malaysia sebagai Pengerusi Asean, serta Kontinjen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Acara turut disemarakkan dengan Persembahan Khas Malaysia Madani yang membabitkan 1,000 peserta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Persembahan Teres Grafik Manusia oleh 2,000 pelajar di bawah koordinasi Kementerian Pendidikan, selain pertunjukan bagpipe dan udara oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Berita berkaitan
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
7 jam lalu· Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
7 jam lalu· Isu semasa
RCI Tabung Haji: Siasatan tak terikat untuk tempoh 2014-2020, boleh diperluas
August 18, 2026· Isu semasa
Kerajaan terbuka kaji gabung elemen SST, GST
August 18, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
4 jam lalu · Isu semasa
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
4 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
9 jam lalu · Isu semasa
Bekas CEO bank hadap pertuduhan tipu pelaburan RM139.8 juta
9 jam lalu · Isu semasa
Tiga maut dilanggar lori imigresen terbabas: Polis tahan dua pemandu
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok