PM panggil semua MB dan KM bagi bincang situasi ekonomi

March 27, 2026 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijangka memanggil semua Menteri Besar, Ketua Menteri serta pemimpin utama parti politik minggu depan bagi menghadiri taklimat mengenai kedudukan semasa ekonomi negara susulan konflik di Asia Barat.

Menurut beliau, taklimat yang akan disampaikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) itu penting bagi menilai kesan semasa serta menentukan langkah seterusnya, termasuk kemungkinan mengadakan sidang khas Parlimen.

“Kita akan terus adakan mesyuarat MTEN dan MKN. Minggu depan saya akan panggil semua Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk memaklumkan perkembangan kepada semua negeri, tanpa mengira parti,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.

Beliau turut memaklumkan pemimpin semua parti politik akan dijemput untuk bersama-sama mendengar taklimat dan berbincang secara menyeluruh.

“Saya rancang panggil juga pemimpin semua parti untuk berunding dan mendengar sendiri taklimat MKN dan MTEN serta langkah-langkah yang harus kita ambil bersama,” katanya.

Anwar menjelaskan berbincangan awal akan diadakan terlebih dahulu sebelum sebarang sidang khas Parlimen diputuskan.

“Kita bincang dulu dan bila sudah ada rancangan, barulah kita boleh bincang secara lebih konkrit dalam Parlimen,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata Malaysia turut memainkan peranan di peringkat antarabangsa dengan mengadakan perbincangan bersama beberapa pemimpin dunia, termasuk Presiden Iran, Masoud Pezeshkian; Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani; dan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi.

“Tapi kita faham, kesan konflik ini dirasai seluruh dunia dari segi ekonomi,” katanya.

Sebelum ini, MKN memaklumkan kerajaan akan mengambil pendekatan menyeluruh dan terselaras bagi menangani impak ketidaktentuan global ini.

Malaysia kekal dengan pendirian bahawa konflik di Asia Barat perlu diselesaikan melalui dialog dan diplomasi.

Kerajaan menegaskan kerjasama antara negara adalah kunci utama untuk meredakan ketegangan serta memastikan kestabilan ekonomi dan keselamatan global terus terpelihara.

Berita berkaitan
Tak dicalonkan dalam PRN bukan alasan sabotaj parti: Aminuddin
2 jam lalu· Politik
Anwar dakwa sikap tak sabar punca PRN Negeri Sembilan terpaksa diawalkan
3 jam lalu· Politik
Anwar gesa semua parti patuhi etika kempen PRN Johor, Negeri Sembilan
13 jam lalu· Politik
Kerajaan tak kompromi perangi rasuah, SPRM terus diperkasa
June 11, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
1.88 juta rakyat nikmati manfaat MySalam: Fahmi
12 jam lalu · Isu semasa
J-KOM buat laporan polis terhadap Albert Tei buat kecoh di kementerian
June 11, 2026 · Isu semasa
Kadar pengangguran naik sedikit pada April: DOSM
June 11, 2026 · Isu semasa
Agong tarik balik gelaran ‘Tan Sri’ dianugerah kepada Isa Samad
June 11, 2026 · Isu semasa
Cucu dedah dakwa dirogol, warga emas direman enam hari
June 10, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok