Rakyat menikmati Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI).
Bantuan kewangan kerajaan menerusi program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 akan diteruskan tahun ini dan mula dikreditkan kepada penerima pada 9 Februari depan.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata bantuan itu melibatkan seramai 2.2 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas.
Menurut beliau, bantuan berkenaan diharap dapat meringankan beban rakyat dalam membuat persiapan awal menjelang Ramadan serta sambutan Tahun Baharu Cina.
“Bantuan ini dikreditkan pada 9 Februari bagi membantu persiapan Ramadan dan sambutan Tahun Baharu Cina,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan bantuan SARA khusus untuk penerima kategori miskin tegar akan mula dikreditkan lebih awal, iaitu pada 9 Januari.
Langkah ini, katanya, bertujuan memastikan golongan paling terkesan mendapat sokongan segera pada awal tahun.
Selain itu, kerajaan turut akan menyalurkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa pertama dengan bayaran sehingga RM500 bermula 20 Januari ini.
Bantuan tunai tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk menangani kos sara hidup dan memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.
Pengumuman ini dilihat sebagai suntikan awal yang penting, khususnya ketika ramai rakyat sedang menyesuaikan perbelanjaan selepas musim perayaan hujung tahun.
Kerajaan sebelum ini berulang kali menegaskan komitmen untuk memastikan bantuan disampaikan secara bersasar dan tepat pada masanya.
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, pelabur beralih kepada aset selamat
AKPS catat rampasan RM322 juta dalam tempoh 10 bulan
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib