PMKS berpendapatan bawah RM3 juta kini tak wajib e-Invois

August 30, 2026 · Isu semasa

Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan pendapatan atau jualan tahunan kurang RM3 juta kini tidak lagi diwajibkan melaksanakan e-Invois, susulan keputusan kerajaan menaikkan nilai ambang pelaksanaan daripada RM1 juta kepada RM3 juta.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) berkata perubahan itu berkuat kuasa mulai 1 September, selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 hari ini.

Menurut LHDN, keputusan itu memberi manfaat kepada lebih 1.1 juta peniaga yang mendapat pengecualian daripada kewajipan berkenaan.

“Pengumuman ini turut memberi manfaat kepada keseluruhan lebih 1.1 juta peniaga yang mendapat pengecualian,” menurut kenyataan LHDN.

Langkah itu dilihat dapat membantu PMKS mengurangkan beban pematuhan serta kos berkaitan pelaksanaan sistem e-Invois, sekali gus memberi ruang kepada golongan peniaga memberi tumpuan kepada kelangsungan dan pengembangan perniagaan.

Pada masa sama, kerajaan menggalakkan PMKS menyertai pelaksanaan e-Invois secara sukarela sebagai sebahagian daripada usaha mempercepat pendigitalan sektor perniagaan.

LHDN berkata pihaknya akan terus membantu peniaga melalui program pendidikan, bimbingan dan sesi libat urus bagi memastikan mereka memahami proses pelaksanaan e-Invois.

“Inisiatif ini turut merangkumi panduan dan tutorial penggunaan Portal MyInvois, aplikasi MyInvois dan MyInvois e-POS bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai pelaksanaan e-Invois dalam kalangan PMKS,” menurut kenyataan itu.

Pelaksanaan e-Invois secara berperingkat bermula 1 Ogos 2024 sebagai sebahagian daripada agenda pendigitalan sistem percukaian dan operasi perniagaan negara.

Sehingga kini, sebanyak 265,379 pembayar cukai telah mengemukakan e-Invois, membabitkan lebih 1.84 bilion e-Invois.

LHDN berkata angka itu menunjukkan penerimaan yang baik dalam kalangan pembayar cukai termasuk PMKS, selain membantu memastikan rekod transaksi perniagaan disimpan secara lebih teratur.

Sebelum ini, kerajaan menetapkan perniagaan dengan jualan tahunan melebihi RM1 juta perlu melaksanakan e-Invois secara berperingkat. Keputusan terbaharu menaikkan ambang pengecualian kepada RM3 juta, sekali gus memberi kelonggaran kepada lebih banyak PMKS.

Maklumat lanjut berkaitan e-Invois boleh diperoleh menerusi laman mikro e-Invois LHDN atau saluran bantuan MyInvois.

Berita berkaitan
Anwar: Waze mungkin diharamkan demi keselamatan negara
October 23, 2026· Isu semasa
BDS sokong larangan Waze, minta pertimbang juga tamatkan kontrak AWS
October 23, 2026· Isu semasa
Anwar doakan Ustaz Wadi Annuar segera pulih selepas terlibat kemalangan
October 23, 2026· Isu semasa
Kerajaan terus buru aset 1MDB walaupun Najib diampunkan
October 23, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Jangan serah keselamatan digital anak kepada platform semata-mata
3 jam lalu · Isu semasa
Dana Inovasi Media: Fahmi mahu AI bantu wartawan, bukan ganti mereka
3 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Tawaran komisen RM1,200, wanita rugi RM72,467
3 jam lalu · Isu semasa
Pengendali aplikasi TuJu mohon maaf, navigasi dijangka pulih 6 November
19 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat Facebook gagal sekat video serangan guru: Fahmi
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok