PMX, Anwar Ibrahim berbincang dengan Prof. Dr. Mariana Mazzucato, pakar ekonomi inovasi dan Pengarah Pengasas Institute for Innovation & Public Purpose, UCL. Foto Kredit PMO
Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan pakar ekonomi inovasi yang juga Pengarah Pengasas Institut bagi Inovasi dan Tujuan Awam dari Kolej Universiti London (UCL), United Kingdom Profesor Dr Mariana Mazzucato.
Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook berkata pertemuan itu antara lain membincangkan kepentingan strategi berorientasikan misi yang menggalakkan kerjasama awam-swasta bagi memacu pelaburan hijau, inovasi teknologi dan transformasi digital.
“Turut disentuh ialah keperluan memperkasa perkhidmatan awam yang moden dan tangkas sebagai tunjang kemajuan negara.
“Profesor Mazzucato juga berkongsi pandangan bahawa Malaysia perlu menangani cabaran sistemik, memperkukuh strategi digital, memupuk inovasi dan membina kemahiran masa depan demi kejayaan transformasi jangka panjang negara,” katanya. – Bernama
Gempa Batu Pahat, gegaran dirasai di enam kawasan sehingga ke Putrajaya
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum