PMX jemput rakyat sertai Himpunan Solidariti Palestin di Dataran Merdeka Ahad ini

August 23, 2025 · Isu semasa

Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat Malaysia menghadiri Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza di Dataran Merdeka pada Ahad ini sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Dalam kenyataan di laman Facebook rasminya, Perdana Menteri menegaskan perhimpunan ini bukan sekadar simbol solidariti untuk rakyat Palestin yang terus menderita di bawah kekejaman rejim Zionis, tetapi juga akan menjadi permulaan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang dijadualkan pada akhir bulan ini.

“Insya-Allah, kita akan berhimpun di Dataran Merdeka untuk menyatakan sokongan kepada saudara kita di Palestin.

“Marilah kita bersama-sama menyemarakkan panji-panji keadilan dan kemanusiaan,” ujarnya.

Anwar turut berharap agar doa dan usaha ini dapat memberikan kekuatan kepada rakyat Palestin dalam perjuangan membebaskan tanah air mereka.

Himpunan ini dianjurkan secara bersama oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Cinta Gaza Malaysia (CGM), dengan mendapat sokongan penuh Perdana Menteri serta beberapa menteri kabinet termasuk Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Menteri Hal Ehwal Agama Dr. Mohd Na’im Mokhtar, dan Menteri Wilayah Persekutuan Dr. Zaliha Mustafa.

Penganjur menjangka lebih 100,000 peserta dari seluruh negara akan hadir membanjiri Dataran Merdeka, dengan tema pakaian berwarna putih bagi melambangkan kesatuan dan keamanan.

Berita berkaitan
MCMC perkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi Program MADANI Kita
July 25, 2026· Isu semasa
Pendedahan RCI Tabung Haji mampu tamatkan fitnah: Mujahid
July 25, 2026· Politik
RCI Tabung Haji: PAS panik selepas PMX umum akan dedah kepada umum?
July 24, 2026· Politik
Tarif AS tidak setinggi negara lain, rundingan akan tetap diteruskan: PMX
July 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Tiada pemimpin boleh hina mana-mana kaum, PM ingatkan Sanusi
July 25, 2026 · Isu semasa
Anwar yakin Kabinet setuju dedah laporan RCI Tabung Haji
July 25, 2026 · Isu semasa
MCMC siasat kandungan hina Islam di Facebook
July 25, 2026 · Isu semasa
MB Negeri Sembilan: Tiada calon lain selain Tok Min
July 24, 2026 · Isu semasa
Kes tender PDRM: Saksi dedah bekas pegawai Hamzah rasa kecewa berhubung bayaran RM2 juta
July 23, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Politik kebencian dan sentimen perkauman tak selesaikan masalah rakyat
4 jam lalu
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok