PMX pertahankan langkah perkenal BUDI95, ringankan beban rakyat semua peringkat

September 26, 2025 · Isu semasa

Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan kerajaan melaksanakan Skim Budi95 secara inklusif kepada semua pemandu berlesen Malaysia, dengan menegaskan langkah itu diambil bagi mengelakkan keresahan dan konflik dalam kalangan masyarakat.

Menurut Perdana Menteri, walaupun penyasaran subsidi RON95 berpotensi menjimatkan perbelanjaan kerajaan sehingga RM8 bilion, risiko ia menimbulkan ketegangan antara kumpulan berpendapatan berbeza adalah terlalu tinggi.

“Selepas difikirkan, kita buat anjakan daripada cadangan asal. Cadangan awal, umpamanya melalui Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) dan sebagainya, akan menimbulkan banyak keresahan,” jelas Anwar yang juga Menteri Kewangan semasa berucap di himpunan bulanan Kementerian Kewangan .

Beliau menambah, kerajaan membuat penelitian mendalam dan mendapati situasi setiap keluarga adalah berbeza.

“Ada individu yang memperoleh pendapatan bulanan sehingga RM18,000 tetapi mempunyai ramai anak dengan sebahagian daripadanya sedang belajar. Dalam keadaan begitu, mungkin ada keluarga tertentu yang kehilangan manfaat subsidi petrol RON95 secara tidak adil,” ujarnya lagi.

Pertimbangan itu, kata Anwar, juga boleh membawa kepada keresahan orang ramai.

“Justeru, asalkan kita boleh jimatkan belanja subsidi, saya pikir munasabah (untuk berikan subsidi kepada semua rakyat Malaysia),” katanya lagi.

Anwar menekankan kemampuan kerajaan melaksanakan program ini berpunca daripada tadbir urus yang baik dan reformasi sistemik yang membendung ketirisan.

“Jika kita lihat negara pengeluar minyak seperti Arab Saudi, harga bahan api sekarang jauh lebih tinggi berbanding di Malaysia.

“Jadi, bagaimana kita mampu memberikan subsidi? Ini kerana tadbir urus kita yang baik,” tegasnya.

Skim BUDI95 yang bermula pada akhir bulan ini membenarkan semua pemegang lesen memandu warganegara Malaysia membeli RON95 pada harga RM1.99 seliter dengan had 300 liter sebulan.

Warga asing yang memandu kenderaan tempatan perlu membayar harga pasaran.

Berita berkaitan
Anwar nafi ada arahan halang masuk kawasan FELDA
9 jam lalu· Politik
Anwar ingatkan jentera PH jangan sombong hadapi pengundi Johor
11 jam lalu· Politik
Sokongan terhadap Anwar kekal tertinggi: Tinjauan Merdeka Center
15 jam lalu· Politik
Kuota 200 liter RON95 cukup untuk hampir semua pengguna: Amir Hamzah
June 25, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Isa Samad kekal dipenjara, mahkamah tolak permohonan semakan
9 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan masih perhalusi cadangan tangani isu Rohingya
10 jam lalu · Isu semasa
‘Kesejahteraan Dinikmati’ jadi tema sambutan Hari Kebangsaan: Fahmi
10 jam lalu · Isu semasa
226 pegawai SPRM dikenakan tindakan tatatertib sejak 2021
15 jam lalu · Isu semasa
Malaysia terus kukuh antara negara paling aman dunia
June 25, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok