PMX puji pertunjukkan sambutan Hari Kebangsaan 2025

August 31, 2025 · Isu semasa

Anwar Ibrahim memberikan isyarat ‘thumbs up’ sebagai tanda penghargaan serta berpuas hati dengan kejayaan penganjuran Sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang berlangsung penuh meriah di Dataran Putrajaya hari ini.

Sejurus selepas keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira lima minit bertemu dengan para peserta perbarisan dan orang ramai yang masih tidak berganjak walaupun acara sambutan telah berakhir.

Ketika berada di pentas human graphic, Perdana Menteri dilihat sempat merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan sambutan kali ini termasuk 2,000 pelajar yang menjayakan persembahan grafik manusia itu.

“Saya bangga dengan anak-anak, pertunjukan terbaik dalam sejarah Malaysia, belajar rajin-rajin,” kata beliau.

Sambutan bertemakan “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” itu turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof serta Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025.

Perarakan dan persembahan tahun ini menyaksikan penglibatan 81 kontinjen dengan 14,062 peserta, 21 pasukan pancaragam, tujuh kereta berhias, 508 aset Angkatan Tentera Darat dan Tentera Udara Diraja Malaysia, serta 116 ekor haiwan.

Sambutan tahun ini turut mencatat kehadiran lebih 100,000 orang yang membanjiri Dataran Putrajaya sejak malam tadi meraikan satu lagi detik bersejarah negara.

Berita berkaitan
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
5 jam lalu· Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
5 jam lalu· Isu semasa
RCI Tabung Haji: Siasatan tak terikat untuk tempoh 2014-2020, boleh diperluas
August 18, 2026· Isu semasa
Kerajaan terbuka kaji gabung elemen SST, GST
August 18, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
2 jam lalu · Isu semasa
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
2 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
7 jam lalu · Isu semasa
Bekas CEO bank hadap pertuduhan tipu pelaburan RM139.8 juta
7 jam lalu · Isu semasa
Tiga maut dilanggar lori imigresen terbabas: Polis tahan dua pemandu
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok