Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Ibrahim hari ini, dengan doa agar baginda terus dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan.
“Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi Sultan Ibrahim pada 23 Mac 2026 bersamaan 3 Syawal 1447 Hijrah. Allah peliharakan Sultan,” kata Anwar menerusi satu hantaran di Facebook.
Beliau turut mendoakan agar baginda serta seluruh kerabat diraja sentiasa berada dalam lindungan rahmat dan hidayah, selain terus memayungi negara dengan kedaulatan dan kebijaksanaan.
Dalam pada itu, Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail juga menzahirkan ucapan ringkas tetapi penuh makna kepada ayahandanya.
“Allah peliharakan Sultan,” titah baginda dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi.
Ucapan tahniah turut dizahirkan oleh Onn Hafiz Ghazi yang mewakili kerajaan negeri dan rakyat Johor.
“Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada baginda sempena sambutan hari keputeraan rasmi Sultan Johor. Dengan segala hormat dan takzimnya, patik dan seluruh Bangsa Johor mendoakan Allah peliharakan Sultan, Allah berkati Johor,” ujarnya.
Sambutan hari keputeraan rasmi Sultan Johor merupakan antara acara penting dalam kalendar negeri dan negara, lebih-lebih lagi apabila Sultan Ibrahim kini berperanan sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
Kerajaan pertimbang namakan jalan di KL sempena A Samad Said
192,869 kes scam, lebih RM7 bilion wang rakyat lesap
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib