PMX raikan demokrasi, memahami suara mahasiswa gesa banteras rasuah: PMO

June 24, 2025 · Politik

Meskipun diasak dengan kritikan keras sekumpulan mahasiswa yang berhimpun di Kota Kinabalu baru baru ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menghormati pandangan yang disuarakan menuntut agar rasuah ditangani dengan tegas.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada PM, Tunku Nashrul Abaidah berkata sebagai seorang bekas aktivis, Anwar memahami perkara yang hendak disampaikan kumpulan mahasiswa tersebut dan sentiasa meraikan demokrasi meskipun menerima kritikan keras.

“Sebagai bekas aktivis mahasiswa dan seorang reformis, Perdana Menteri sentiasa mempertahankan kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. Insiden pembakaran karikatur Perdana Menteri di Kota Kinabalu baru baru ini mengingatkan kita betapa besar harapan rakyat agar rasuah dibanteras sampai ke akar umbi.

“Perdana Menteri sendiri muncul daripada gerakan mahasiswa dan pernah memimpin gerakan reformasi di jalanan, maka beliau benar-benar memahami suara itu; beliau sendiri saksi bahawa kritikan, walau sepedas mana, adalah sebahagian penting dalam meraikan demokrasi.

“Beliau menitip pesan bahawa semangat perubahan bermula dengan keberanian anak muda menyuarakan kebenaran berlandaskan fakta dan niat yang tulus,” katanya ketika menyampaikan Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini.

Justeru ujar beliau lagi, di pihak kerajaan, komitmen reformasi kekal teguh, sedang dan telah diterjemahkan ke dalam tindakan nyata.

” Komitmen reformasi ini tidak akan terhenti setakat ini, dan ia akan terus diperhalusi dan dilaksanakan dengan berstruktur.

“Selaras dengan pendekatan Madani yang mengutamakan nilai ihsan, Perdana Menteri turut mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) agar pelajar yang terlibat tidak disekat perjalanan akademiknya; masa depan anak muda tidak harus terkorban dalam arus perbezaan pandangan.

“Demi generasi akan datang, Kerajaan Madani akan terus menapak di landasan reformasi, memastikan setiap usaha memerangi rasuah diterjemah kearah kesejahteraan dan kemakmuran buat seluruh rakyat Malaysia,” kata beliau.

Pada Ahad lalu, sekumpulan pelajar di Sabah menamatkan protes 22 jam berhubung gejala rasuah dengan membakar poster Anwar yang memaparkan tulisan “Madani pelindung perasuah Sabah”.

Jurucakap Sekretariat Rakyat Benci Rasuah, Fadhil Kasim berkata kain rentang tersebut melambangkan kritikan pedas terhadap pentadbiran Anwar, yang didakwa mereka sebagai gagal menunaikan janji berkaitan reformasi institusi.

Tindakan tersebut mengundang kecaman daripada pelbagai pihak, termasuk Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kamil Abdul Munim, yang berkata mereka membakar imej Anwar kerana tiada hujah yang kukuh.

Ketua Polis Sabah Jauteh Dikun semalam berkata siasatan sedang dijalankan mengikut Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan
Johari: Tiada usul undi tidak percaya diterima di Dewan Rakyat
2 jam lalu· Politik
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
22 jam lalu· Isu semasa
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
23 jam lalu· Politik
Anwar imbau detik di Penjara Sungai Buloh
September 22, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PAS jangan diam, jelaskan peranan wakil dalam krisis Negeri Sembilan: AMK
2 jam lalu · Politik
MP Pendang tarik balik kenyataan fitnah terhadap Anwar, kes saman selesai
2 jam lalu · Politik
Kemelut takhta: Majlis menghadap Tunku Nadzaruddin batal, Balai Undang dikawal polis
2 jam lalu · Politik
Rayuan Majlis Peguam cabar pengampunan Najib diputuskan 7 Januari: Bernama
16 jam lalu · Politik
AGC: Kerajaan Negeri Sembilan tiada kuasa gantung dua pegawai kanan
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok