PMX tegas perangi rasuah, ‘jerung’ jadi sasaran

October 1, 2025 · Isu semasa

Anwar Ibrahim, menegaskan komitmen kerajaannya untuk memburu ‘jerung’ dalam kes rasuah tidak bermakna kes-kes kecil diabaikan, sebaliknya ia memerlukan tumpuan khusus memandangkan skala dan kerumitan siasatannya yang melibatkan rangkaian besar.

Perdana Menteri menjelaskan tindakan tegas terhadap individu berpengaruh tertentu itu bukanlah didorong oleh dendam peribadi, tetapi demi mengembalikan wang rakyat yang berbilion-bilion ringgit yang didakwa diseleweng.

“Tidak boleh dinafikan dalam sejarah negara kita belum pernah ada tindakan berani seperti kerajaan hari ini lakukan dalam membanteras rasuah.

“Sindiket-sindiket haram yang sudah puluhan tahun belum pernah diambil tindakan, tetapi diambil tindakan dengan berkesan sekarang,” tegas Anwar semasa berucap di Forum Ilmuwan Malaysia Madani di Institut Integriti Malaysia malam tadi.

Anwar menjelaskan, fokus terhadap ‘jerung’ adalah perlu kerana mereka mempunyai kemampuan kewangan untuk mempengaruhi pelbagai pihak, termasuk pemimpin politik dan media.

“Bukankah aneh jika kita hanya mengambil tindakan terhadap kes-kes rasuah yang kecil, tetapi melepaskan kes yang besar?” soal beliau lagi.

Dalam pada itu, Anwar turut menyatakan sokongan padunya untuk memperkukuhkan pihak berkuasa seperti SPRM bagi memastikan misi memerangi rasuah dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Beliau menyasarkan masalah ini dapat dibersihkan sepenuhnya dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Mengularkan tekadnya, Anwar memberi amaran keras bahawa tiada siapa yang kebal daripada tindakan undang-undang, tanpa mengira jawatan atau status mereka.

“Saya tidak kira kalau anda menteri, ketua setiausaha atau pengarah sekali pun, jika ada rekod salah laku, kita akan cari.

“Kalau bukan hari ini, esok atau tahun-tahun akan datang, yang sudah pencen sekalipun, kalau dapat bukti mencuri ketika berkuasa, kita akan cari,” tegasnya.

Beliau juga menolak tohmahan pembangkang yang mendakwa tindakan terhadap pemimpin tertentu adalah atas dasar peribadi.

Anwar menegaskan, semua siasatan dilakukan SPRM berdasarkan bukti, dan keputusan muktamad terletak di tangan mahkamah.

“Ia bukan keputusan saya… keputusan saya hanyalah wang yang dipunggah berbilion-bilion ringgit itu mesti dikembalikan semula kepada rakyat,” jelas beliau.

Berita berkaitan
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
3 jam lalu· Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
3 jam lalu· Isu semasa
RCI Tabung Haji: Siasatan tak terikat untuk tempoh 2014-2020, boleh diperluas
August 18, 2026· Isu semasa
Kerajaan terbuka kaji gabung elemen SST, GST
August 18, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
August 19, 2026 · Isu semasa
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
1 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
5 jam lalu · Isu semasa
Bekas CEO bank hadap pertuduhan tipu pelaburan RM139.8 juta
6 jam lalu · Isu semasa
Tiga maut dilanggar lori imigresen terbabas: Polis tahan dua pemandu
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok