PMX tekankan aspek integriti di semua kementerian: Fahmi

January 30, 2026 · Isu semasa

Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini memberi penekanan serius terhadap isu penguatkuasaan, khususnya membabitkan integriti dan keyakinan rakyat terhadap institusi negara.

Menteri Komunikasi merangkap jurucakap kerajaan perpaduan, Fahmi Fadzil berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim menzahirkan kebimbangan terhadap beberapa tindakan badan penguatkuasaan yang dilihat tidak membantu dan berpotensi menghakis kepercayaan rakyat.

“Perdana Menteri meminta supaya isu-isu berkaitan penguatkuasaan, terutama yang telah ditegur semalam, diberikan pendegasan oleh semua anggota Jemaah Menteri,” katanya dalam sidang media hari ini selepas mesyuarat Kabinet.

Perkara itu dibangkitkan susulan teguran Perdana Menteri dalam perhimpunan bulanan semalam yang meminta semua anggota Kabinet mengambil perhatian dan bertindak selari.

Menurut Fahmi, kerajaan tidak akan campur tangan dalam sebarang siasatan atau tindakan yang sedang diambil oleh badan penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), termasuk kes yang melibatkan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar sebelum ini.

“Kita tidak ambil apa-apa tindakan sebagai Jemaah Menteri. Itu adalah tindakan badan penguatkuasaan dan kita serah sepenuhnya kepada mereka untuk menjalankan tugas,” katanya, sambil menegaskan prinsip pemisahan kuasa terus dihormati.

Beliau turut menjelaskan peringatan berhubung integriti bukan sekadar dibincangkan di peringkat Kabinet, malah telah disusuli dengan arahan daripada Ketua Institusi Negara kepada semua ketua institusi dan kementerian supaya memperkemaskan aspek integriti dalam pentadbiran masing-masing.

“Semua ketua institusi telah diingatkan untuk memastikan integriti diperkukuh dan perkara-perkara yang tidak diingini tidak berlaku,” katanya.

Isu integriti dan tadbir urus menjadi antara fokus utama kerajaan perpaduan sejak awal penubuhannya, selari dengan tuntutan rakyat yang mahukan pentadbiran lebih telus, tegas dan bebas daripada campur tangan politik.

Kerajaan menegaskan komitmen untuk memastikan setiap institusi berfungsi secara profesional demi memulihkan dan mengekalkan keyakinan awam.

Berita berkaitan
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
8 jam lalu· Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
10 jam lalu· Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
10 jam lalu· Isu semasa
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
18 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
8 jam lalu · Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
10 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
18 jam lalu · Isu semasa
Isu premis tutup solat Jumaat, Anwar tidak setuju kenyataan Ahli Parlimen
21 jam lalu · Isu semasa
GST belum sesuai dilaksana, kerajaan kekal SST: MOF
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
8 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok