PMX terima jemputan ke Sidang Kemuncak Tergempar Negara Islam di Qatar

September 12, 2025 · Isu semasa

Anwar Ibrahim menerima jemputan rasmi daripada Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, untuk menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam yang bakal berlangsung di Doha pada Isnin ini.

Perdana Menteri berkata, sidang tersebut merupakan inisiatif Qatar bagi membincangkan situasi terkini di Gaza ekoran serangan berterusan rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin.

“Saya dapat pagi tadi undangan perjumpaan tergempar ketua-ketua negara Islam di Doha. Emir Qatar minta saya turut hadir,” katanya dipetik laporan media.

Beliau turut menjelaskan kehadirannya adalah tertakluk kepada jadual yang ditetapkan memandangkan sambutan Hari Malaysia pada 16 September.

“Jadi kalau jadual itu betul-betul 15 (September), maka kemungkinan besar saya akan cuba hadir, sebab 16 September itu Hari Malaysia. Saya terpaksa ada di sini,” ujarnya lagi.

Tegas Anwar, mesyuarat itu penting untuk merangka tindakan susulan berhubung krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza.

Beliau juga menjawab kritikan terhadap pendirian Malaysia dalam isu tersebut dengan menekankan kerajaannya tetap akan bersuara berdasarkan nilai kemanusiaan sejagat.

“Saya nak beritahu semua agama dan budaya kita itu menekankan soal kemanusiaan.

“Janganlah sampai kita bicara soal budaya, soal kemajuan, soal kaum, soal agama tetapi orang, anak-anak kecil dibunuh, rumah dimusnahkan, tidak ada memberi kesan kepada kita,” katanya.

Sementara itu, mengenai isu keselamatan di Bintulu ekoran penurunan permintaan eksport gas cecair asli (LNG), Anwar memaklumkan tiada gangguan besar dilaporkan setakat ini.

“PETRONAS memaklumkan kepada saya bahawa mereka telah mengambil langkah berjaga-jaga dan kita telah kerahkan pasukan polis serta keselamatan bagi mengawal kawasan itu sepenuhnya,” ujarnya.

Anwar menegaskan kawasan tersebut adalah strategik, dan sebarang ancaman keselamatan boleh menjejaskan operasi eksport LNG negara dalam jangka panjang.

Berita berkaitan
Anwar ucap tahniah atas kemenangan BN di Kinabatangan dan Lamag
8 jam lalu· Politik
Anwar nafi isu tanah Malaysia diserah kepada Indonesia
January 24, 2026· Isu semasa
PM gesa tolak amalan kartel, lindungi kepentingan rakyat
January 24, 2026· Politik
Anwar cadang projek ladang babi di Bukit Tagar dibatalkan
January 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Guru rugi RM325,000 diperdaya sindiket menyamar pegawai AMLA
6 jam lalu · Isu semasa
Guan Eng desak Sosma dimansuh susulan penahanan remaja 16 tahun
6 jam lalu · Isu semasa
Agong berangkat ke Russia untuk lawatan khas: Laporan
6 jam lalu · Isu semasa
SPRM sita aset RM9.7 juta dalam siasatan pelaburan RM300 juta
6 jam lalu · Isu semasa
Sultan Pahang tegur salah guna kuasa di sebalik baju seragam dan institusi
January 24, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
January 20, 2026
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong
January 19, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok