PMX umum peruntukan RM100,000 untuk setiap kampung Felda: Laporan

August 2, 2025 · Isu semasa

Kerajaan memperuntukkan RM100,000 bagi setiap kampung di bawah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk melaksanakan projek pembangunan yang ditentukan sendiri oleh penduduk setempat.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata pendekatan memberikan kebebasan kepada penduduk kampung menentukan sendiri projek pilihan mereka itu selaras dengan aspirasi Kerajaan Madani yang menekankan prinsip musyawarah dan pemerkasaan rakyat.

“Saya sudah sediakan peruntukan, setiap kampung Felda diberikan RM100,000 untuk mereka tentukan projek apa yang mereka nak lakukan.

“Ini bukan pengurusan (Felda) yang tentukan projek apa nak buat. Nak beli apa, traktor? Nak buat kolam ikan? Nak beli dron? Saudara sendiri putuskan apa yang nak beli, saya sediakan RM100,000 bagi setiap kampung,” katanya pada majlis perasmian Karnival Mega 3 Dimensi 2025 (MK3D 2025) di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Ewon Benedick, Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar dan Pengerusi Felda Ahmad Shabery Cheek. – Bernama

Berita berkaitan
Zahid nafi KKDW terlebih belanja projek jalan luar bandar
14 jam lalu· Isu semasa
Bekas Pengarah FELDA direman SPRM berhubung projek dan penjualan tanah
14 jam lalu· Isu semasa
SPRM siasat penjualan tanah FELDA, dua bekas pengarah ditahan
September 6, 2026· Isu semasa
Siasatan FELDA, TH bukan soal dendam tapi rasuah mesti dihentikan: Anwar
September 6, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Kad UNHCR bukan lesen langgar undang-undang Imigresen
4 jam lalu · Isu semasa
MCMC diminta sekat jualan dadah dalam talian: Fahmi
12 jam lalu · Isu semasa
Zahid, Fahmi akan bawa isu PKD-NADI ke Kabinet sebulan lagi
14 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin teruk, KPM benarkan anak tak ke sekolah
14 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan penamatan darurat di Serian hari ini: PMO
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok