Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Ronald Kiandee.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Ronald Kiandee menggesa agar inkues berhubung kematian pelajar Zara Qairina Mahathir diadakan segera bagi memastikan keadilan ditegakkan.
Ahli Parlimen Beluran itu menyifatkan arahan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menggali semula kubur dan melakukan bedah siasat ke atas jenazah Zara Qairina sebagai langkah penting untuk menjawab pelbagai persoalan yang timbul dalam siasatan awal.
“Tragedi ini bukan sekadar musibah peribadi keluarga, tetapi menjadi ujian besar terhadap integriti dan kejujuran institusi terlibat, termasuk Kementerian Pendidikan,” tegas Kiandee dalam kenyataan media hari ini.
Beliau menegaskan bahawa himpunan ‘Justice for Zara’ semalam membuktikan kebangkitan rakyat yang menuntut keadilan untuk mangsa dan keluarganya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, M. Kumar, memaklumkan bahawa penggalian semula kubur Zara Qairina akan dilaksanakan segera bagi membolehkan bedah siasat dijalankan.
“Kertas siasatan lengkap akan dirujuk semula kepada AGC dalam masa terdekat,” jelas Kumar.
Peguam keluarga, Hamid Ismail, pula menyatakan permohonan rasmi untuk penggalian semula akan difailkan di IPD Papar hari ini.
Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu SMKA Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah pada 16 Julai lalu dan disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu keesokan harinya.
Kes ini terus mendapat perhatian meluas dengan pelbagai pihak menyeru siasatan telus bagi menjawab segala persoalan yang timbul.
Pelajar IPTS warga asing ditemui maut di kondo, rakan senegara ditahan
Pemandu mabuk: Kerajaan teliti pampasan khas untuk mangsa kemalangan jalan raya
MyKad baharu libatkan kos RM120 juta setahun
Masjid Warisan TRX diteruskan, Menteri Agama beri jaminan
FINAS bawa 11 syarikat tempatan ke festival animasi dunia
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar