PN takkan bekerjasama dengan GRS yang ‘pengkhianat’: Muhyiddin

July 12, 2025 · Politik

Tiada kerjasama Perikatan Nasional (PN) dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dianggap sebagai ‘pengkhianat’ pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin mengimbau pengkhianatan yang dibuat oleh GRS dan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor yang bertindak keluar Bersatu sebelum ini demi semata-mata untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat.

“Sangat sukar (kerjasama dengan GRS) kerana parti itu sudah menafikan kita. Adakah anda mahu bekerja dengan mereka jika anda berada di tempat saya?

“(Nama) GRS itu saya berikan ketika mereka baru bermula dulu. Waktu itu, bukan sahaja Bersatu dalam gabungan, ada parti lain. Saya namakan GRS (tapi) tidak berdaftar,” katanya semasa Program Jelajah Rakyat Sabah 2025 Bahagian Batu Sapi semalam.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata pihaknya bersedia mempertimbang untuk membentuk pakatan pilihan raya dengan parti lain untuk berdepan PRN Sabah.

“PN meneliti dan memperhalusi secara lebih dekat setiap DUN (Dewan Undangan Negeri) yang dipertandingkan selepas dewan dibubarkan,” katanya.

Tambahnya, beliau yakin sokongan rakyat Sabah terhadap PN masih kukuh mengambil kira penerimaan rakyat terhadap program jelajahnya selain faktor kegagalan kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah rakyat.

Penggal lima tahun DUN Sabah akan berakhir pada 11 Nov.

Pada Januari, Timbalan Pengerusi PN, Hamzah Zainudin tidak menolak kemungkinan gabungan itu akan bertanding sekurang-kurangnya 18 daripada 73 kerusi pada PRN Sabah.

Mei lalu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man turut mengesahkan PAS akan bertanding sekurang-kurangnya enam kerusi menggunakan logo PN.

Berita berkaitan
Ab Rauf angkat sumpah Ketua Menteri Melaka penggal kedua
5 jam lalu· Politik
Puad cadang Perak, Pahang bubar DUN selepas kejayaan BN-PN di Melaka
5 jam lalu· Politik
21 calon PRN Melaka hilang wang deposit, parti Rafizi tercorot
15 jam lalu· Politik
Keputusan rasmi: SPR umum BN-PN kuasai 24 kerusi DUN Melaka
15 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Syed Abu Hussin pertimbang guna tiket PKR di Bukit Gantang: Laporan
5 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Ab Rauf hampir pertahan kerusi Tanjung Bidara
21 jam lalu · Politik
Tak Rasmi PRN Melaka: BN-PN mendahului 24 kerusi DUN, PH kuasa empat kerusi
21 jam lalu · Politik
Calon PH dakwa nama pengundi didakwa disalah guna di Merlimau, lapor polis
November 14, 2026 · Politik
Kemelut Negeri Sembilan: Ismail sahkan tarik balik surat kepada Penyimpan Mohor
November 14, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan pandang rendah kemampuan anak muda: Mukhlis
November 12, 2026
[VIDEO] Tiada negara boleh hadapi cabaran digital sendirian – Fahmi
November 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok