Polis buka 25 kertas siasatan sepanjang kempen PRN Johor

July 11, 2026 · Politik

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 90 laporan polis dan membuka 25 kertas siasatan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16, namun semua kes disifatkan sebagai kes kecil yang tidak menjejaskan ketenteraman awam.

Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail berkata siasatan yang dijalankan setakat ini tidak membabitkan mana-mana calon pilihan raya atau pemimpin parti politik.

“Sehingga semalam, kita menerima 90 laporan polis. Kertas siasatan yang dibuka kebanyakannya membabitkan perkara kecil yang saya percaya tidak akan menimbulkan keresahan atau ketegangan dalam kalangan pengundi serta petugas pilihan raya.

“Kebanyakan kes yang disiasat melibatkan perbuatan khianat seperti mencabut, merosakkan atau membakar bendera parti dan beberapa kes seumpamanya,” katanya pada sidang media selepas melawat pusat mengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Molek, pada Sabtu.

Beliau berkata, antara kesalahan yang disiasat melibatkan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan sama, Mohd Khalid memaklumkan seramai 14,000 pegawai dan anggota polis digerakkan sepanjang PRN Johor bagi memastikan proses pengundian berlangsung dengan aman dan teratur.

Daripada jumlah itu, katanya, kira-kira 5,600 pegawai dan anggota dibawa masuk dari kontinjen luar bagi membantu Kontinjen Johor mengawal keselamatan di semua 56 kawasan DUN yang dipertandingkan.

“Setakat ini kita menempatkan lebih kurang 5,600 pegawai dan anggota dari kontinjen luar untuk membantu Johor. Proses pengundian berjalan lancar dan keadaan keselamatan berada dalam kawalan,” katanya.

Beliau turut menggalakkan pengundi serta petugas pilihan raya segera membuat laporan polis sekiranya berlaku sebarang insiden atau pelanggaran undang-undang sepanjang proses pilihan raya.

PRN Johor Ke-16 menyaksikan pertandingan bagi kesemua 56 kerusi DUN selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi memberi laluan kepada pembentukan kerajaan negeri yang baharu.

Berita berkaitan
JPJ nafi hantaran tular berkait lesen kepada Rohingya, buat laporan MCMC: Bernama
September 24, 2026· Isu semasa
Semua kegiatan PN digantung selepas terima aduan Bersatu: RoS
September 24, 2026· Politik
PRN Melaka: Anwar sahkan PH sedia buka ruang kerjasama, bincang cari titik persamaan
17 jam lalu· Politik
Dua pengarah Mandiri ditahan bantu siasatan AMLA
22 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Anthony Loke kekal pendirian letak jawatan: Bernama
September 24, 2026 · Politik
PN ambil tindakan undang-undang selepas digantung RoS: Takiyuddin
September 24, 2026 · Politik
Penggantungan dua pegawai kanan Negeri Sembilan dipertikai, AG tegaskan kekal bertugas
1 jam lalu · Politik
Hubungan dengan Istana retak, Mahfuz persoal kedudukan MB Negeri Sembilan
18 jam lalu · Politik
Anwar minta Loke fikir semula keputusan letak jawatan
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok