Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan tegas menolak dakwaan terkini bekas penganalisis kewangan keganasan Amerika Syarikat (AS), Jonathan Schanzer, yang mendakwa Malaysia dijadikan sebagai pusat operasi kumpulan Hamas.
Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail menegaskan sokongan rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin adalah berdasarkan prinsip kemanusiaan dan keagamaan, bukannya sebarang penglibatan dengan mana-mana kumpulan tertentu.
“Berdasarkan kedudukan kita sebagai negara Islam, perjuangan di Palestin sememangnya dekat di hati rakyat Malaysia. Atas dasar agama, kita sentiasa memberikan bantuan berterusan kepada Palestin,” jelas Razarudin semasa sidang media di Bukit Aman, hari ini.
Beliau berkata, kemungkinan wujudnya kehadiran rakyat asing dari Palestin dan Syria yang menuntut di institusi pengajian tinggi negara disalahertikan oleh pihak tertentu.
“Keprihatinan rakyat Malaysia ini mungkin disalah tafsir hingga mengaitkannya dengan Hamas,” tambahnya.
Mengenai hubungan antarabangsa, Mohd khalid menekankan Malaysia terus mengekalkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat dan negara-negara lain, terutamanya dalam aspek pertukaran maklumat keselamatan.
“Kita sentiasa mengadakan kerjasama dan bertukar maklumat dengan perkhidmatan sahabat bagi membolehkan tindakan awal diambil,” ujarnya.
Dari segi kawalan keselamatan sempadan, beliau memaklumkan PDRM sentiasa bekerjasama rapat dengan agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Imigresen, Kastam, dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKSEM).
“Alhamdulillah, kerjasama dengan agensi kerajaan amat baik. Kita berkongsi maklumat dan mengambil tindakan bersama dalam menangani isu berkaitan sempadan, malah negara jiran juga memberikan kerjasama yang baik,” katanya.
Penafian ini dibuat bagi menjawab langsung kepada tuduhan yang didakwa mempunyai naratif tertentu terhadap dasar luar Malaysia yang konsisten menyokong perjuangan rakyat Palestin.
Kad UNHCR bukan lesen langgar undang-undang Imigresen
MCMC diminta sekat jualan dadah dalam talian: Fahmi
Zahid, Fahmi akan bawa isu PKD-NADI ke Kabinet sebulan lagi
Zahid nafi KKDW terlebih belanja projek jalan luar bandar
Jerebu makin teruk, KPM benarkan anak tak ke sekolah
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum