Presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) Tang Yi Ze dirakam keterangan pihak polis.
Polis hari ini merakam keterangan Presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) Tang Yi Ze berhubung kenyataan beliau yang menggesa agar program matrikulasi dimansuhkan.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail berkata rakaman keterangan itu dilakukan susulan terdapat 14 laporan yang diterima oleh pihaknya berhubung isu berkenaan.
“Rakaman keterangan terhadap individu berkenaan adalah prosedur biasa siasatan dan tidak ada sebarang penahanan akan dilakukan pada hari ini… buat masa ini, hanya Tang sahaja yang dipanggil bagi dirakam percakapan berhubung isu berkenaan,” katanya.
Terdahulu, Tang yang diiringi peguamnya dilihat memasuki Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju pada kira-kira 2 petang.
Pada 16 Sept lepas, polis menjalankan siasatan berhubung kenyataan itu mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Kenyataan Tang menggesa supaya program matrikulasi dimansuhkan dan kemasukan ke universiti awam diganti hanya dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia sehingga menimbulkan pelbagai kontroversi. – Bernama
Jumlah pusat NADI meningkat kepada 1,099 tahun ini
RTMKlik catat 11.2 juta muat turun, Fahmi ucap terima kasih atas sokongan
Fahmi saran orang ramai guna AI semak berita palsu
Malaysia masih negara aman, jangan samakan dengan Colombia: Saifuddin Nasution
Pengurusan institusi kerajaan perlu bebas pengaruh politik: Anwar
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib