Polis siasat dakwaan gugat kerajaan, beri masa: Khalid

February 28, 2026 · Isu semasa

Polis menggesa orang ramai supaya bersabar susulan siasatan terhadap dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan dan mensabotaj kestabilan negara yang dikaitkan dengan seorang individu berpengaruh serta sebuah agensi media antarabangsa.

Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail, berkata siasatan sedang berjalan dan memerlukan penelitian menyeluruh sebelum sebarang tindakan diambil.

Ujarnya, setiap laporan perlu diperiksa secara terperinci bagi memastikan proses berjalan berlandaskan fakta serta bukti.

“Perkara ini masih dalam tindakan polis dan diharap semua pihak dapat bersabar.

“Sudah pasti siasatan akan dijalankan secara profesional serta berdasarkan fakta dan bukti yang diperoleh. Sekiranya ada perkembangan, kita akan maklum,” katanya dipetik laporan BH.

Siasatan dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Kes berkenaan dipercayai bermula daripada satu laporan polis yang dibuat pada 26 Februari lalu.

Sumber memaklumkan laporan itu mendakwa satu pertemuan sulit diadakan pada Julai 2025 di kediaman individu terbabit bagi merancang kempen menyerang Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki.

Pendedahan dokumen sulit yang dikaitkan dengan keluarga tokoh berpengaruh turut mencetuskan dakwaan wujudnya konspirasi terancang membabitkan ejen pelobi asing dan rangkaian media antarabangsa.

Perkembangan itu menambah dimensi baharu terhadap siasatan yang sedang dijalankan.

Azam ketika dihubungi berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

“Saya serah kepada polis untuk menjalankan siasatan terperinci, telus dan profesional. Pada saya, kedaulatan negara adalah isu serius yang perlu disiasat sedalam-dalamnya,” katanya.

Berita berkaitan
Perangi rasuah bukan mudah, berdepan tentangan pelbagai pihak: PMX
June 24, 2026· Politik
Mat Sabu hanya suarakan pandangan, bukan sindir sesiapa: Anwar
2 jam lalu· Politik
Kerajaan pusat dan negeri sepakat tangani cabaran ekonomi: Anwar
22 jam lalu· Politik
Johor perlukan kerajaan negeri sehaluan Putrajaya: Amanah
June 23, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Ops Lusuh tumpaskan sindiket simpan peralatan telekomunikasi curi di Sarawak
3 jam lalu · Isu semasa
Pemilik kenderaan diesel boleh mohon tambahan 100 liter bila-bila masa
3 jam lalu · Isu semasa
Pengesahan had umur: MCMC boleh kenakan denda RM10 juta kepada platform media sosial
3 jam lalu · Isu semasa
Selepas 20 Tahun di Brunei, MP Miri bantu bapa empat anak kembali bina hidup baharu
4 jam lalu · Isu semasa
Pengawal keselamatan dipenjara, didenda RM50,000 hina Agong di Facebook
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok