Polis siasat insiden patung mirip PM disebat semasa himpunan ‘Turun Anwar’

July 28, 2025 · Politik

Tindakan peserta Himpunan Turun Anwar yang membawa dan menyebat patung mirip Perdana Menteri (PM) dalam perhimpunan yang berlangsung di ibu negara pada Sabtu lalu adalah keterlaluan dan tidak wajar.

Susulan laporan berhubung insiden patung mirip PM disebat semasa himpunan tempoh hari, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, kes berkenaan kini disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 41 Akta Hasutan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurutnya, polis telah mengesan patung tersebut di sekitar Masjid Negara dan telah mengambil rakaman video sebagai bukti.

“Seperti yang kita jelaskan sebelum ini, sekiranya terdapat sebarang salah laku yang melanggar undang-undang di bawah mana-mana akta, kita akan ambil tindakan.

“Terdapat empat laporan diterima polis berhubung himpunan berkenaan. Satu kes iaitu melibatkan patung menyerupai Perdana Menteri disiasat oleh USJT manakala tiga lagi laporan dirujuk kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) kerana melibatkan penerbangan dron,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Isnin.

Beliau menegaskan bahawa dron tidak dibenarkan diterbangkan semasa himpunan tersebut berlangsung.

Dalam pada itu, Mohamed Usuf turut memaklumkan bahawa setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung dakwaan penyebaran risalah berunsur ekstremis semasa himpunan berkenaan.

“Setakat ini tiada laporan polis. Jika ada laporan, kita akan siasat,” katanya.

Dalam Himpunan Turun Anwar yang berlangsung di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu, polis memaklumkan seramai kira-kira 18,000 orang telah menghadiri himpunan aman tersebut.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dilaporkan berkata, semua elemen kawalan keselamatan telah dilaksanakan secara profesional dan beretika.

PDRM turut melaksanakan tugas pemantauan dan kawalan keselamatan bagi memastikan kelancaran perhimpunan yang melibatkan beberapa lokasi tumpuan, termasuk sekitar Masjid Negara, pusat beli-belah Sogo, Masjid Jamek, Pasar Seni dan Dataran Merdeka.

Berita berkaitan
Himpunan rumah ibadat cetus kontroversi, AMK Johor pertahan Anwar
6 jam lalu· Politik
Ternakan babi dibenar jika jauh dari kawasan penduduk: Anwar
9 jam lalu· Isu semasa
Pembinaan rumah ibadat perlu patuh undang-undang: PMX
9 jam lalu· Isu semasa
Kebebasan bersuara ada had, jangan sampai timbul kegusaran: Fahmi
February 8, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Lantikan Muhyiddin sebagai Presiden dibuat secara sah, Danny Rais jawab Khalid Mehtab
3 jam lalu · Politik
Kes Akta Hasutan Muhyiddin: Empat persoalan dikembali ke Mahkamah Tinggi untuk diputuskan
6 jam lalu · Politik
Muhyiddin diyakini mampu pimpin Bersatu harungi krisis: Sanjeevan
9 jam lalu · Politik
Hamzah dipanggil jawab isu disiplin parti, bakal dipecat Bersatu?
February 8, 2026 · Politik
Kemenangan 40 kerusi UMNO di Johor perlu dipertahankan: Mat Maslan
February 8, 2026 · Politik
Video / Foto
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
January 28, 2026
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen
January 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok