Polis siasat kebocoran maklumat saksi bawah umur dalam kes Zara

September 22, 2025 · Isu semasa

Polis menyiasat dakwaan kebocoran maklumat peribadi saksi kanak-kanak dalam kes inkuis kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang disebarkan secara meluas di media sosial.

Siasatan itu dilancarkan selepas satu laporan polis dibuat pada petang Jumaat, 19 September lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda, mengesahkan pihaknya telah merakam percakapan pengadu dan membuat permohonan analisis kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan menjelaskan siasatan masih aktif dan dijalankan mengikut beberapa akta tertentu.

“Polis sedang berusaha mendapatkan rakaman percakapan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dan peguam yang terbabit.

“Usaha turut dijalankan bagi mengesan suspek dan melengkapkan keseluruhan siasatan sebelum dirujuk kepada pihak berkaitan untuk tindakan lanjut,” jelas Kasim dalam satu kenyataan media.

Laporan polis asal dibuat oleh peguam, Ram Singh, yang mewakili saksi kanak-kanak tersebut.

Beliau berkata kenyataan saksi yang sepatutnya sulit dan hanya untuk prosiding mahkamah telah dibocorkan dan disebarkan melalui WhatsApp dan TikTok.

Maklumat yang didedahkan termasuk nama penuh, alamat rumah, dan nombor kad pengenalan saksi.

Kasim mengingatkan orang ramai tentang betapa seriusnya kesalahan ini.

“Sebarang pendedahan atau penyebaran maklumat berkaitan kanak-kanak, khususnya melalui platform media sosial, adalah satu kesalahan serius yang boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Orang ramai diingatkan agar lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam mengendalikan maklumat sedemikian demi menjaga keselamatan serta kesejahteraan kanak-kanak,” tegasnya.

Berita berkaitan
Penjual ikan didenda RM5,000 intai isteri jiran mandi di Kuala Krai
October 6, 2026· Isu semasa
Pelajar 19 tahun maut, suspek teman lelaki direman: Laporan
October 6, 2026· Isu semasa
5,681 kes buli dilapor di sekolah hingga Ogos
October 6, 2026· Isu semasa
Masalah sekolah jangan disembunyikan demi imej, tegas Anwar
October 6, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu: Agong titah sekolah tutup jika IPU 150 hingga 180
15 jam lalu · Isu semasa
Anwar hubungi Prabowo, ASEAN digerakkan tangani jerebu
15 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat dakwaan AI hasilkan video seksual libat guru, pelajar
15 jam lalu · Isu semasa
Tiada lesen judi baharu dikeluarkan: MOF
20 jam lalu · Isu semasa
Kandungan palsu berhubung dua kematian pelajar, MCMC ambil tindakan
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok