Kenyataan Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar berhubung siasatan terhadap Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY).
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan terhadap Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) berikutan kenyataan kontroversinya yang mendesak pemansuhan program matrikulasi.
Lima laporan telah diterima daripada orang awam yang tidak berpuas hati dengan gesaan dibuat oleh kumpulan pelajar UM tersebut.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, M Kumar, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Beliau menjelaskan kenyataan UMANY itu berpotensi menimbulkan ketegangan dan persepsi negatif terhadap sistem pendidikan negara.
“Kenyataan berkenaan didapati boleh mewujudkan persepsi negatif terhadap sistem pendidikan negara, mencetuskan ketidakpuasan hati masyarakat serta kegentaran awam,” jelas Kumar dalam kenyataan media pada Isnin.
Beliau menekankan Seksyen 505(b) memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, manakala Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia membawa hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
Kenyataan UMANY itu turut mendapat bantahan daripada Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang mempertahankan program matrikulasi sebagai laluan penting untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam.
Sementara itu, Naib Canselor Universiti Malaya, Prof Datuk Seri Ir Dr Noor Azuan Abu Osman, menegaskan kenyataan UMANY itu bukanlah pendirian rasmi universiti.
“Kenyataan itu bukan pendirian rasmi universiti,” katanya bagi menjarakkan UM daripada tindakan pertubuhan pelajarnya itu.
Kes ini masih dalam siasatan, dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu keamanan awam.
Berita baik untuk rakyat, bantuan SARA akan dinaikkan pada masa terdekat
Teknologi perlu selamat, adil dan dipercayai
Festival Sungai Melaka cipta dua rekod Malaysia Book of Records
MCMC rekod lebih 377,000 permohonan turunkan kandungan bahaya tahun ini
Malaysia tegas pertahan kedaulatan, bantah campur tangan Ahli Kongres AS: Fahmi
[VIDEO] Syarikat telco bocor data Khairul Aming merisaukan, Fahmi arah MCMC dapatkan laporan penuh
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil