Polis terima 92 laporan sepanjang Kempen PRN Negeri Sembilan

August 1, 2026 · Isu semasa

Polis menerima 92 laporan dan membuka 24 kertas siasatan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 yang berakhir tengah malam tadi.

Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail berkata majoriti laporan membabitkan kesalahan kecil yang dilakukan penyokong atau ahli parti politik, termasuk perbuatan khianat terhadap bahan kempen.

“Kesalahan yang dilaporkan adalah kesalahan kecil seperti khianat merosakkan banner, bendera dan poster parti yang bertanding. Setakat ini tiada laporan polis melibatkan calon secara langsung.

“Secara keseluruhannya proses PRN di 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) berjalan dengan baik, lancar dan selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau proses pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King George V, hari ini.

Beliau turut memaklumkan empat laporan berkaitan dakwaan pemberian wang kepada pengundi masih dalam siasatan untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, semua kes terbabit disiasat mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bagi memastikan keselamatan sepanjang hari pengundian dan selepas keputusan diumumkan, seramai 5,500 pegawai dan anggota polis ditugaskan di seluruh negeri.

Mohd Khalid berkata, polis turut memberi perhatian khusus kepada 26 kawasan hotspot yang dikenal pasti berisiko berlaku kekecohan, selain menempatkan dua pasukan khas lengkap dengan kamera badan di setiap DUN bagi memantau situasi secara berterusan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua parti politik dan penyokong supaya terus berdisiplin serta mematuhi undang-undang selepas keputusan pilihan raya diumumkan.

“Polis akan terus mempertingkat kawalan keselamatan di lokasi strategik termasuk pejabat kerajaan negeri dan istana bagi memastikan ketenteraman awam sentiasa terpelihara,” katanya.

PRN Negeri Sembilan kali ini melibatkan 859,760 pemilih berdaftar termasuk 7,391 pengundi pos bagi memilih wakil rakyat di 36 kerusi DUN. Sebelum ini, seramai 14,995 pengundi awal atau 91.06 peratus telah menunaikan tanggungjawab mereka pada Selasa lalu.

Tempoh berkempen yang berlangsung selama dua minggu berakhir tengah malam tadi dengan proses pengundian hari ini berjalan dalam suasana terkawal dan aman.

 

Berita berkaitan
Fahmi: Jangan berhenti, perjuangan rakyat mesti diteruskan
August 16, 2026· Politik
‘Kempen tanpa Zahid’ mula jadi naratif dalam UMNO, formula terbaik kemenangan?
August 6, 2026· Politik
PRN N9: SPR sahkan kemenangan BN
August 1, 2026· Isu semasa
PH persoal pengundi bawa slip berlogo BN dalam pusat mengundi
August 1, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Harga petrol tanpa subsidi naik 5 sen
August 26, 2026 · Isu semasa
Dua pembantu Najib diperintah bayar RM483,000 kepada pendakwah bebas
4 jam lalu · Isu semasa
RCI Tabung Haji: SPRM tahan bekas pengerusi TH, bekas KSU Perbendaharaan
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perketat kawalan platform e-dagang, terima aduan pengguna banyak: Fahmi
8 jam lalu · Isu semasa
KJ mohon mahkamah dedah siapa di sebalik artikel fitnah
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok