Polis terima tiga laporan terhadap bekas wartawan FMT, Saifuddin nasihat jaga etika

January 17, 2026 · Isu semasa

Bekas wartawan Free Malaysia Today (FMT), Rex Tan, ditahan bagi membantu siasatan polis susulan tiga laporan polis yang dibuat terhadapnya berhubung satu rakaman video wacana antarabangsa yang tular di media sosial.

Penahanan itu berlaku selepas beliau dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, lewat tengah malam tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, M Kumar S Muthuvelu, berkata siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman.

Menurut beliau, kes berkenaan berkait dengan video memaparkan Rex mengemukakan soalan kepada ahli politik United Kingdom, George Galloway, dalam forum awam bertajuk ‘Gaza: Expose The Complicity of International Actors’.

“Setakat ini, tiga laporan polis diterima dan isu ini telah menimbulkan kegusaran awam,” katanya sambil menjelaskan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kumar turut menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang disyaki mencetuskan hasutan atau permusuhan dalam masyarakat.

Kes ini mencetuskan perhatian ramai kerana ia melibatkan isu Palestin yang sensitif serta perbandingan dengan isu perkauman di Malaysia.

Rakaman tersebut menerima reaksi bercampur-baur, termasuk kritikan keras dan sokongan terhadap kebebasan bersuara.

FMT sebelum ini mengesahkan Rex telah meletakkan jawatan dan menegaskan pandangan yang dibangkitkan tidak mewakili pendirian organisasi itu, selain turut memohon maaf secara terbuka.

Di Kulim, Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, mengesahkan Rex akan dibebaskan selepas rakaman percakapan selesai diambil.

“Selepas dibebaskan, beliau boleh dipanggil semula pada bila-bila masa sekiranya diperlukan untuk melengkapkan siasatan,” katanya.

Saifuddin mengingatkan kebebasan bersuara adalah hak yang perlu dihormati, namun mesti datang bersama tanggungjawab.

“Kebebasan itu bukan lesen untuk melampaui batas, terutamanya bagi pengamal media yang mempunyai pengaruh besar,” katanya.

Beliau menambah, apabila aduan dibuat, polis wajib mengambil tindakan sebagai sebahagian daripada proses undang-undang.

Berita berkaitan
Polis gagalkan cubaan seludup dadah RM57 juta di Muar
15 jam lalu· Isu semasa
Azam Baki beri keterangan di Bukit Aman
June 3, 2026· Isu semasa
Pelajar di Melaka ditahan kes vape mushroom libatkan remaja perempuan
May 29, 2026· Isu semasa
Polis tahan tujuh pelajar kes tular buli pelajar perempuan, pukul hingga lebam
May 29, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
AGC teliti dua kertas siasatan libatkan Azam Baki
14 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak negara masih stabil: Amir Hamzah
19 jam lalu · Isu semasa
DNAA Zahid: AG kemuka rayuan cabar permohonan Majlis Peguam
19 jam lalu · Isu semasa
RM50 juta disalur perkasa TVET 2.0: Anwar
20 jam lalu · Isu semasa
Fahmi nafi gambar tular Jemaah Menteri petanda Parlimen akan dibubar
June 5, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok