Portal rasmi KKM diserang penggodam

June 27, 2026 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan laman sesawang rasminya mengalami insiden penggodaman, susulan paparan mesej dipercayai ditinggalkan pihak yang menceroboh pelayan laman web berkenaan pada Sabtu.

Insiden itu tular di media sosial selepas tangkap layar menunjukkan portal rasmi KKM memaparkan mesej daripada individu atau kumpulan menggunakan nama “MUSHR00W”, selain menyertakan akaun Telegram yang dipercayai milik penggodam.

Paparan tersebut turut memaparkan slogan terkenal yang sering dikaitkan dengan kumpulan penggodam Anonymous.

Selain itu, beberapa nama lain turut disenaraikan dalam paparan berkenaan.

Dalam kenyataan di Facebook, KKM memaklumkan tindakan segera sedang diambil bagi menangani insiden itu dan memulihkan semula operasi laman sesawang terbabit.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengakses laman sesawang tersebut buat sementara waktu sehingga dimaklumkan kelak.

“Orang ramai juga diingatkan supaya tidak mengklik sebarang pautan yang mencurigakan atau memuat turun sebarang fail daripada laman sesawang berkenaan bagi mengelakkan risiko keselamatan siber,” menurut kenyataan itu.

KKM menjelaskan semua maklumat dan pengumuman rasmi berkaitan kesihatan akan terus disalurkan melalui platform media sosial rasmi kementerian serta saluran komunikasi rasmi lain sepanjang kerja-kerja pemulihan dijalankan.

Kementerian turut memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami pengguna dan memberi jaminan bahawa perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Keselamatan data dan penyampaian perkhidmatan awam adalah keutamaan kami,” menurut kenyataan itu.

Insiden berkenaan sekali lagi menimbulkan kebimbangan terhadap ancaman keselamatan siber yang menyasarkan sistem agensi kerajaan.

Serangan terhadap portal rasmi bukan sahaja berpotensi menjejaskan akses kepada maklumat awam, malah boleh menimbulkan risiko sekiranya pengguna terpedaya dengan pautan atau fail yang disusup masuk oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Setakat ini, KKM belum mendedahkan punca penggodaman, tahap kerosakan yang dialami atau sama ada sebarang data pengguna terjejas dalam insiden tersebut.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti dalang dan kaedah serangan yang digunakan.

Berita berkaitan
MCMC siasat Facebook gagal sekat video serangan guru: Fahmi
October 23, 2026· Isu semasa
Guru cedera diserang pelajar di Kuching, polis tunggu siasatan lengkap
October 22, 2026· Isu semasa
Jerebu: KKM saran pakai pelitup muka N95
October 16, 2026· Isu semasa
Portal KKM ditutup sementara, tiada tanda kebocoran data kritikal
June 30, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
8 jam lalu · Isu semasa
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
8 jam lalu · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
8 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
8 jam lalu · Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok