PRK Kinabatangan dan Lamag bakal diadakan, belum capai tempoh matang: Pakar

December 6, 2025 · Politik

Dua kerusi penting di Sabah, Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag, hampir pasti menuju Pilihan Raya Kecil (PRK) susulan kematian penyandangnya, Bung Moktar Radin.

Walaupun penggal Parlimen ke-15 sudah berjalan hampir dua tahun, tempoh “matang” yang membolehkan PRK tidak diadakan masih belum bermula.

Pakar Perlembagaan merangkap Pensyarah Undang-Undang dan Polisi UTM, Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof, menjelaskan kewajipan mengadakan PRK masih terpakai kerana pengiraan tempoh penggal dibuat berdasarkan tarikh sidang pertama Parlimen, bukan tarikh PRU.

“Sidang Parlimen ke-15 bermula pada 19 Disember 2022. Jadi penggal lima tahun hanya akan tamat pada 18 Disember 2027,” katanya dipetik laporan BH.

Beliau menjelaskan fasal dua tahun terakhir penggal yang membolehkan PRK tidak diadakan hanya bermula pada 19 Disember 2025.

“Kekosongan sekarang berlaku lebih awal. Jadi, PRK Kinabatangan wajib diadakan,” katanya.

Beliau turut menyentuh kedudukan DUN Lamag yang juga kosong selepas Bung Moktar menang kerusi itu pada PRN namun belum sempat mengangkat sumpah.

Menurutnya, sumpah bukan faktor penentu dalam isu kekosongan.

“Punca kekosongan ialah kematian. Status Allahyarham tetap ‘ADUN terpilih’.

“Walaupun belum angkat sumpah, ia tetap dianggap kekosongan yang memerlukan PRK,” katanya yang menegaskan perlembagaan memfokuskan kewujudan kekosongan, bukan soal sah atau tidaknya sumpah.

Pandangan itu seiring dengan pendapat Pensyarah Undang-Undang UIAM, Prof Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar, yang berkata kedua-dua kerusi wajar diisytiharkan kosong.

“Tempoh yang membolehkan PRK tidak diadakan masih belum tiba. Maka, SPR perlu mengadakan pilihan raya.

“Untuk DUN Lamag pun sama, walaupun belum angkat sumpah, beliau sudah menjadi ADUN secara sah selepas menang,” katanya.

Bung Moktar, yang juga Pengerusi BN Sabah, meninggal dunia awal pagi semalam di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu pada usia 66 tahun.

Pada PRN 29 November lalu, beliau mempertahankan kerusi DUN Lamag dengan majoriti tipis 153 undi dalam saingan enam penjuru.

SPR sebelum ini memaklumkan DUN Lamag mempunyai 13,859 pengundi berdaftar dan merupakan salah satu daripada tiga kerusi DUN dalam Parlimen Kinabatangan.

Dengan kekosongan kini rasmi, tumpuan seterusnya terarah kepada keputusan SPR untuk menetapkan tarikh PRK bagi kedua-dua kerusi tersebut.

Berita berkaitan
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
18 jam lalu· Politik
Hadi: Semua kerusi PAS wajib dipertahan pada PRU depan
22 jam lalu· Politik
PAS mahu kekalkan semua kerusi dimenangi, usul dibawa Dewan Pemuda
September 3, 2026· Politik
DUN Melaka bubar selepas Perhimpunan Agung UMNO?
September 3, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
13 jam lalu · Politik
PAS dicabar tarik balik Amanat Hadi, ramai orang UMNO masih tersinggung
18 jam lalu · Politik
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
19 jam lalu · Politik
PAS-UMNO makin terbuka, hantar wakil hadir ke PAU
19 jam lalu · Politik
Guan Eng mahu Zahid dikenakan tindakan isu lebihan belanja di KKDW
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok