PRN Melaka: Ab Rauf hampir pertahan kerusi Tanjung Bidara

November 14, 2026 · Politik

Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh dilihat berada di landasan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara bagi Barisan Nasional (BN) berdasarkan keputusan awal tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau berdepan saingan satu lawan satu dengan calon Pakatan Harapan (PH), Yunazri Mustamiri dalam usaha mengekalkan mandat di kawasan berkenaan.

Pada PRN Melaka 2021, Rauf berjaya memenangi kerusi Tanjung Bidara dengan majoriti tipis 364 undi dalam pertandingan tiga penjuru menentang calon Perikatan Nasional (PN), Mas Ermieyati Samsudin dan calon PH, Zainal Hassan.

Kemenangan kali ini penting buat Rauf bukan sahaja untuk mengekalkan kedudukannya sebagai wakil rakyat, malah menjadi ukuran sokongan pengundi terhadap kepimpinannya sebagai Ketua Menteri Melaka.

Rauf dilantik ke jawatan itu pada Mac 2023 selepas penyandang sebelumnya, Sulaiman Ali meletakkan jawatan. Pelantikan berkenaan dibuat selepas Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan beliau sebagai pengganti.

Sebelum menerajui kerajaan negeri, Rauf pernah berkhidmat sebagai Speaker DUN Melaka serta Exco kerajaan negeri yang mengendalikan portfolio pelaburan, perindustrian, pembangunan usahawan dan koperasi ketika pentadbiran Sulaiman.

Zahid sebelum ini turut menyatakan komitmen untuk mengekalkan Rauf sebagai Ketua Menteri sekiranya BN berjaya memperoleh mandat membentuk kerajaan negeri pada PRN kali ini.

Keputusan di Tanjung Bidara sekali gus menjadi antara tumpuan penting dalam persaingan BN mempertahankan penguasaan politik di Melaka.

Berita berkaitan
Tular berita DUN Perak bubar, Pejabat MB tampil nafi
November 18, 2026· Politik
Kalah PRN Melaka bukan pengakhiran perjuangan: Mohamad Sabu
November 16, 2026· Politik
Menang besar Melaka, BN tidak mahu terburu-buru adakan PRN di negeri lain: Zahid
November 16, 2026· Politik
Zahid sahkan BN tidak masuk gelanggang PRN Sarawak
November 15, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
3 jam lalu · Politik
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
3 jam lalu · Politik
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
3 jam lalu · Politik
Konvensyen Amanah lulus usul bantah tahanan rumah Najib
3 jam lalu · Politik
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok