PRN Melaka: Akmal Saleh beri bayangan pindah kerusi

October 14, 2026 · Politik

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh memberi bayangan kemungkinan tidak mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Petunjuk itu muncul menerusi hantaran di Facebook pada Rabu apabila beliau mengucapkan terima kasih kepada penduduk Merlimau, selain membuka ruang kemungkinan bertanding di kawasan lain.

“Terima kasih Merlimau. Selepas ini ke mana? Kalau ke Serkam atau Sungai Rambai boleh ke, atau ada cadangan lain?” katanya.

Hantaran itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial, termasuk mereka yang menyambut baik kemungkinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berpindah ke kawasan baharu.

Antara yang memberikan respons ialah Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim, yang menyatakan kesediaan membantu Akmal sekiranya beliau bertanding di kawasan lain.

Seorang pengguna media sosial pula berpandangan kawasan yang dipilih bukan perkara utama, sebaliknya komitmen beliau untuk terus mendekati rakyat dan menyelesaikan masalah penduduk.

“Tak kisah mana-mana, janji turun padang kalau penduduk ada masalah. You are the best,” tulis pengguna berkenaan.

Terdapat juga cadangan supaya Akmal mempertimbangkan langkah bertanding di kerusi Parlimen, sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai hala tuju politik beliau menjelang PRN Melaka.

Bagaimanapun, setakat hantaran itu dibuat, Akmal belum mengumumkan secara rasmi sama ada beliau akan mempertahankan kerusi DUN Merlimau atau berpindah ke kawasan lain.

Pada PRN Melaka 2021, Akmal memenangi kerusi DUN Merlimau dengan memperoleh 5,633 undi, menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Azrin Ab Majid yang mendapat 2,385 undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Alim Shapie dengan 1,622 undi.

Kemenangan itu memberikan Akmal majoriti 3,248 undi, sekali gus mengukuhkan kedudukannya di kawasan berkenaan.

Berita berkaitan
PRN Melaka: PH tangguh pengumuman calon ke 24 Oktober
8 jam lalu· Politik
Isu 47 Kes Zahid: Azalina jawab kritikan Rayer, kuasa pendakwaan terletak pada AG
October 13, 2026· Politik
Zahid tak akan benar usul gugat MB Negeri Sembilan
October 10, 2026· Politik
Akmal kecam sindiran Eric See-To terhadap istilah ‘lighad’, jangan perlekeh al-Quran
October 10, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Najib gagal tangguh hukuman 15 tahun penjara kes 1MDB
October 14, 2026 · Politik
Penggantungan PN kekal, mahkamah dengar semakan 22 Oktober
24 jam lalu · Politik
Syed Saddiq kekal rekod hadir penuh Parlimen, tidak pernah ponteng
October 12, 2026 · Politik
Rayer hargai kelulusan RM5 juta bina masjid di Jelutong
October 12, 2026 · Politik
Kes DNAA Zahid: Badan Peguam tunggu keputusan rayuan 14 Jun tahun depan
October 12, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok