PRN N9: SPR sahkan kemenangan BN

August 1, 2026 · Isu semasa

Barisan Nasional (BN) kembali menerajui pentadbiran Negeri Sembilan selepas memperoleh majoriti mudah dengan memenangi 18 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Perkara itu disahkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ramlan Harun dalam kenyataan malam ini.

Menurut SPR, Pakatan Harapan (PH) memenangi 11 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) memperoleh tujuh kerusi.

“Berikut adalah keputusan penuh Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri, Negeri Sembilan Ke-16 yang telah dijalankan dengan bebas, adil dan telus.

“BN jumlah kerusi yang diperolehi 18, PH 11 kerusi dan PN tujuh kerusi,” menurutnya dalam kenyataan itu.

Menurut Ramlan, seramai 646,084 pengundi atau 72.64 peratus daripada keseluruhan pemilih berdaftar telah menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian.

“Jumlah tersebut meliputi jumlah pengundi awal, pengundi pos dan pengundi biasa yang telah mengundi,” menurut kenyataan itu.

SPR menyatakan proses pengundian yang berlangsung pada Sabtu berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang menjejaskan perjalanan pilihan raya.

“Secara keseluruhannya, SPR berpuas hati dengan proses pengundian yang berlangsung pada 1 Ogos 2026 (Sabtu) dan pengundi-pengundi berdaftar telah dapat menunaikan hak dan tanggungjawab mereka.

“Selain itu, PRU Dewan Negeri, Negeri Sembilan ke-16 juga tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini yang boleh menjejaskan proses pilihan raya,” katanya.

Menurut SPR, segala urusan pilihan raya dilaksanakan mengikut undang-undang serta peraturan yang ditetapkan bagi memastikan proses demokrasi berlangsung dengan teratur.

PRN Negeri Sembilan kali ini menyaksikan pertandingan di semua 36 kerusi DUN untuk memilih kerajaan negeri baharu.

 

Berita berkaitan
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
7 jam lalu· Isu semasa
MCA semakin terpinggir dalam BN, dakwa pemimpin PKR
21 jam lalu· Politik
Zahid sahkan MCA kekal bertanding PRN Melaka, calon dipilih kekal
October 27, 2026· Politik
Surat pembubaran DUN Sarawak dihantar kepada SPR
October 27, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
4 jam lalu · Isu semasa
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
5 jam lalu · Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
5 jam lalu · Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
5 jam lalu · Isu semasa
Parlimen: RUU tahanan di rumah hampir siap diteliti KDN, AGC
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok